eprintid: 810 rev_number: 8 eprint_status: archive userid: 4 dir: disk0/00/00/08/10 datestamp: 2019-10-14 07:58:41 lastmod: 2019-10-14 07:58:41 status_changed: 2019-10-14 07:58:41 type: thesis metadata_visibility: show creators_name: Mazlan, Sharif title: PELABURAN LANGSUNG ASING MALAYSIA KE CHINA : PERKEMBANGAN, FAKTOR-FAKTOR DAN CABARAN ispublished: submitted subjects: L1 full_text_status: public keywords: PELABURAN LANGSUNG ASING MALAYSIA KE CHINA : PERKEMBANGAN, FAKTOR-FAKTOR DAN CABARAN abstract: Pelaburan Langsung Asing (FDI) memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara. Kebanyakan negara berusaha sebaik mungkin untuk menggerakkan ekonomi negara mereka supaya dapat menarik FDI. Sementara itu, sesetengah negara pula meningkatkan usaha untuk menggalakkan pelabur-pelaburnya melabur ke luar negara untuk mencari pasaran baru. Bagi Malaysia, FDI ke luar negara telah bermula sejak tahun 1980-an lagi. Namun demikian pertumbuhan yang signifikan terhadap FDI hanya berlaku selepas tahun 1990. FDI oleh pelabur-pelabur Malaysia pada peringkat awalnya lebih tertumpu kepada empat buah negara iaitu Australia, Hong Kong, Singapura dan United Kingdom. Sementara FDI Malaysia ke negara China mula menunjukkan nilai yang signifikan pada tahun 1992. Objektif utama kajian ini adalah untuk melihat faktor-faktor yang mendorong pelabur-pelabur Malaysia melabur di China, cabaran yang dihadapi dan prospek pelaburan di negara tersebut. Objektif lain termasuklah melihat perkembangan FDI Malaysia ke luar negara dari segi jumlah pelaburan dan negara-negara destinasi. Kajian ini mendapati, pertama, pelabur-pelabur Malaysia bermotivasi untuk menjalankan usaha FDI di China kerana mencari pasaran baru, mempelbagaikan risiko, menikmati penawaran buruh yang banyak dan murah, galakan dari kerajaan Malaysia dan China melalui insentif-inseftif cukai, mengambil peluang terhadap pertumbuhan ekonomi yang menakjubkan di China dan lain-lain lagi. Kedua, dalam usaha mengejar motif di atas, pelabur-pelabur berhadapan dengan beberapa masalah. Ini termasuklah masalah birokrasi, polisi-polisi yang tidak telus, rangka kerja perniagaan dan perundangan yang tidak lengkap, perbezaan budaya dan tradisi dan lain-lain. Cadangan tentang bagaimana untuk berurusan dengan orang-orang China di buat pada akhir kajian ini. Ia bertujuan untuk menyediakan rujukan kepada pelabur-pelabur yang berpotensi supaya dapat menambah peluang kejayaan mereka apabila menjalankan pelaburan di China. date: 1997 date_type: submitted pages: 104 institution: Universiti Kebangsaan Malaysia department: Fakulti Pentadbiran Perniagaan thesis_type: masters citation: Mazlan, Sharif (1997) PELABURAN LANGSUNG ASING MALAYSIA KE CHINA : PERKEMBANGAN, FAKTOR-FAKTOR DAN CABARAN. Masters thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia. document_url: http://eprints.iab.edu.my/v2/810/1/mazlan%20sharif.pdf