%0 Thesis %9 Masters %A Sawiyah, Abd Kadir %B Fakulti Pengurusan Perniagaan %D 1997 %F iab_repo:814 %I Universiti Kebangsaan Malaysia %K PENGLIBATAN PELAJAR DAN GURU SERTA KESANNYA TERHADAP KECEMERLANGAN PENGURUSAN KOPERASI SEKOLAH %P 111 %T PENGLIBATAN PELAJAR DAN GURU SERTA KESANNYA TERHADAP KECEMERLANGAN PENGURUSAN KOPERASI SEKOLAH %U http://eprints.iab.edu.my/v2/814/ %X Gerakan koperasi di Malaysia telah bermula sejak tahun 1968 lagi. Koperasi sekolah telah diiktiraf sebagai salah satu aktiviti kokurikulum yang terpenting. Pengwujudannya dibuat melalui penguatkuasaan undang-undang melalui beberapa dokumen rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Setelah hampir dua dekad, koperasi sekolah telah mengalami pelbagai perubahan dan perkembangan. Kementerian Pendidikan, JPK, MKM dan ANGKASA merupakan badan-badan utama yang turut memainkan peranan dalam memperjuangkan kejayaan koperasi sekolah di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk meninjau penglibatan pelajar-pelajar dan guru-guru serta kesannya dalam menentukan kecemerlangan pengurusan koperasi sekolah. Kajian telah dibuat ke atas enam buah koperasi sekolah di sekitar Zon Bangsar, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Kajian dibuat secara tinjauan dengan menggunakan soal selidik. 180 responden telah dipilih di kalangan guru-guru dan murid-murid yang mana mereka merupakan ahli dan bukan ahli koperasi sekolah. Hasil daripada kajian, didapati bahawa koperasi-koperasi sekolah yang dikaji tersebut mempunyai bilangan ahli kurang daripada 500 orang. Kebanyakannya juga hanya menjalani aktiviti kedai dan saham terkumpul tidak melebihi RM10,000. Kajian juga mendapati bahawa murid-murid dan guru-guru tidak menjadi ahli koperasi disebabkan mereka tidak berminat dan tidak tahu faedah-faedah berkoperasi. Kebanyakan ahli-ahli koperasi juga tidak membuat penambahan jumlah modal saham yang disumbangkan. Penglibatan ahli dan bukan ahli dalam aktiviti koperasi agak sederhana. Dari segi kefahaman konsep-konsep koperasi, didapati ahli lebih memahaminya.