%X Komunikasi keluarga adalah suatu dimensi penting dalam perkembangan anak-anak. Tahap remaja adalah di mana gabungan perubahan fisiologi, emosi dan kognitif mengelirukan anak-anak. Perubahan peranan menyebabkan proses penterjemahan mesej remaja lebih kompleks. Kajian ini ingin melihat perhubungan di antara tiga dimensi komunikasi keluarga dengan salah Iaku remaja. Komunikasi terbuka memberikan peluang untuk remaja meluahkan perasaan dan pendapat manakala komunikasi kawalan mengharuskan remaja akur kepada autoriti ibu bapa atau penjaga dan konflik komunikasi merupakan tiga dimensi komunikasi yang dikaji. Konflik komunikasi remaja-keluarga terhasil daripada penterjemahan mesej ahli keluarga dan tidak selalunya dilupakan tanpa penyelesaian, Sampel kajian merupakan 328 pelajar-pelajar (tingkatan 1,2,4,dan 6 rendah) enam buah sekolah menengah di Jitra, Kedah Darul Aman dengan pecahan 149 pelajar lelaki dan 179 pelajar perempuan. Kajian berbentuk kuantitatif menggunakan instrumen Corak Komunikasi Keluarga (Ritchle,1991), item Konflik Komunikasi Keluarga yang dibina oleh pengkaji dengan 4 soalan daripada Item Perhubungan Keluarga (Cernkovich & Giordano,1987) dan Pengakuan Salah Laku (Elliot & Ageton,1980). Dapatan menunjukkan bahawa konflik komunikasi memainkan peranan penting sebagai penunjuk kecenderungan salah laku bagi kedua-dua jantina remaja. Corak komunikasi tidak menunjukkan hubungan terus yang signifikan kepada salah laku bagi remaja lelaki tetapi komunikasi terbuka menunjukkan perhubungan yang signifikan dengan salah laku secara negatif bagi remaja perempuan. Ini mencadangkan bahawa proses intervensi salah laku adalah melalui pengurusan konflik komunikasi keluarga. Komunikasi terbuka dalam keluarga boleh mengurangkan konflik komunikasi dan salah laku bagi remaja perempuan. Pengurangan konfiik bagi remaja lelaki agak sukar kerana perlu ada keseimbangan antara komunikasi terbuka dan komunikasi kawalan yang memerlukan kajian yang lebih lanjut. %A Bakar Roslina %L iab_repo820 %D 1999 %T KOMUNIKASI KELUARGA DAN SALAH LAKU REMAJA %K KOMUNIKASI KELUARGA DAN SALAH LAKU REMAJA %I University Utara Malaysia