relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/824/ title: PENGURUSAN KONFLIK DAN CIRI KEPIMPINAN DI KALANGAN PENGAWAS SEKOLAH MENENGAH NEGERI KEDAH creator: Norliza, Kushairi subject: L Education (General) description: Kajian ini bertujuan untuk menyelidik dan mengkaji hubungan ciri kepimpinan dengan gaya pengurusan konflik yang diamalkan oleh para pengawas di sekolah menengah di dalam daerah Kubang Pasu Kedah. Unit analisis adalah terdiri dari tujuh buah sekolah menengah dengan responden seramai 223 orang pengawas. Soalselidik untuk ciri kepimpinan dibina sendiri oleh penyelidik berasaskan kluster gaya kepimpinan autokratik, demokratik dan laissez-faire yang dikemukakan oleh para sarjana di bidang kepimpinan dan diubahsuai kepada kepimpinan berorientasikan tugas, berorientasikan hubungan dan pasif. Bagi gaya pengurusan konflik pula, penyelidik berpandukan kepada model Kilmann & Thomas (1974,1977,1978). Data dproses dengan menggunakan SPSS 7.5. Hipotesis telah diuji dengan menggunakan ujian-t dan ANOVA Satu Hala. Daripada pengujian hipotesis didapati bahawa bagi ciri-ciri demografi iaitu jantina, umur, bangsa, tempoh bertugas dan jawatan, kesemuanya tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan terhadap ciri kepimpinan. Sementara bagi gaya pengurusan konflik, hanya jantina yang menunjukkan perbezaan yang signifikan. Dapatan penting yang ditemui adalah kewujudan hubungan yang signifikan di antara ciri kepimpinan dan gaya pengurusan konflik pengawas. Secara lebih terperinci, didapati bahawa ciri kepimpinan berorientasikan hubungan mempunyai hubungan yang signifikan dengan kelima-lima gaya pengurusan konflik. Dapatan ini memberi implikasi yang tersendiri kepada pihak sekolah atau mana-mana pihak yang berkenaan. Latihan kepimpinan yang berupaya meningkatkan kemahlran menguruskan konflik amat periu bagi para pelajar amnya dan pengawas, khasnya. Konotasinya di sini adalah bahawa sudah tiba masanya peranan pengawas dimanfaatkan lagi dalam usaha menangani masalah disiplin pelajar yang semakin menular. Program serampang dua mata perlu diwujudkan dan didedahkan kepada para pengawas supaya kemahiran dalam menguruskan konflik interpersonal dan intrapersonal sekaligus dapat meningkatkan ciri kepimpinan mereka. Dapatan ini hanya boleh digeneralisasikan di sekolah-sekolah menengah Daerah Kubang Pasu tetapi rangka kerjanya boleh direplikasikan bagi kajian-kajian lanjutan. date: 1999-11 type: Thesis type: NonPeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/824/1/norliza%20kushairi.pdf identifier: Norliza, Kushairi (1999) PENGURUSAN KONFLIK DAN CIRI KEPIMPINAN DI KALANGAN PENGAWAS SEKOLAH MENENGAH NEGERI KEDAH. Masters thesis, University Utara Malaysia.