eprintid: 839 rev_number: 8 eprint_status: archive userid: 4 dir: disk0/00/00/08/39 datestamp: 2020-05-18 04:21:34 lastmod: 2020-05-18 04:21:34 status_changed: 2020-05-18 04:21:34 type: thesis metadata_visibility: show creators_name: Salleha, Abd. Kahar title: KE ARAH ORGANISASI PEMBELAJARAN : SATU TINJAUAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA, NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM ispublished: submitted subjects: L1 full_text_status: public keywords: KE ARAH ORGANISASI PEMBELAJARAN : SATU TINJAUAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA, NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM abstract: Kajian diskriptif tinjauan institusi ini adalah bertujuan untuk rnelihat tahap organisasi pembelajaran berdasarkan audit pembelajaran dalam organisasi iaitu faktor keupayaan jabatan, pengurus, latihan dan organisasi secara keseluruhan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Negeri Johor Darul Takzim. Seterusnya kajian ini melihat perhubungan antara tahap organisasi pembelajaran dengan faktor keupayaan pembelajaran dalam organisasi dan melihat faktor yang paling berpengaruh. Kajian juga melihat perbezaan persepsi antara staf akademik dan staf sokongan serta mengkaji faktor penggalak dan penghalang organisasi pembelajaran yang paling dominan. Data diperolehi daripada soal selidik yang diubahsuai daripada audit pembelajaran yang direkabentuk oleh Micheal, Roderick dan Mulrooney (1995). Responden kajian yang terlibat adalah 159 orang staf fungsional yang terdiri daripada 124 orang staf akademik dan 35 orang staf sokongan. Kebolehpercayaan instrumen kajian ialah 0.9168 pada skala Alpha Cronbach. Data kajian dianalisis menggunakan program Statistical Package For Social Sciences (SPSS)For Windows 9.0. Dapatan kajian menunjukkan organisasi yang dikaji berada di tahap organisasi pembelajaran yang sederhana. Ujian Korelasi Pearson membuktikan bahawa terdapat perhubungan sederhana yang signifikan di antara tahap organisasi pembelajaran dengan faktor keupayaan pengurus, jabatan dan organisasi secara keseluruhan dan juga terdapat perhubungan rendah yang signifikan dengan faktor keupayaan latihan. Ujian Regresi Berganda mendapati faktor yang paling berpengaruh adalah faktor keupayaan jabatan, dan organisasi secara keseluruhan. Ujian-t mendapati tiada perbezaan yang signifikan antara persepsi staf akademik dan staf sokongan terhadap tahap organisasi pembelajaran. Faktor pengalak pembelajaran yang paling dominan adalah sokongan, peluang dan komitmen yang diberikan pihak atasan. Faktor penghalang pembelajaran yang paling dominan adalah pihak pengurusan atasan yang merasakan mereka tahu semua jawapan dan enggan mengiktiraf pendapat yang baik. Seterusnya cadangan diberikan kepada organisasi untuk metnperbaiki situasi. Cadangan kajian lanjutan juga diberikan date: 2001 date_type: submitted pages: 88 institution: Universiti Teknologi Malaysia department: Fakulti Pendidikan thesis_type: masters citation: Salleha, Abd. Kahar (2001) KE ARAH ORGANISASI PEMBELAJARAN : SATU TINJAUAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA, NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia. document_url: http://eprints.iab.edu.my/v2/839/1/salleha%20abd%20kahar.pdf