relation: http://eprints.iab.edu.my/v2/88/ title: KESAN INTEGRITI KEPEMIMPINAN DAN PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH (TQM) DIMENSI KEMANUSIAAN TERHADAP IKLIM PROSES ORGANISASI: SATU KAJIAN KES creator: Mohamed Sani , Ibrahim creator: Mumtaz Begum, Abdul Kadir subject: LB2300 Higher Education description: Kajian ini adalah kajian tinjauan yang bertujuan untuk mengenal pasti sama ada integriti kepemimpinan, pembentukan visi, misi dan matlamat dan pelaksanaan TQM dimensi kemanusiaan menyumbang kepada pembentukan iklim proses organisasi. Sampel kajian terdiri daripada responden seramai 698 orang dari IPTMA Kerajaan dan 581 orang dari IPTMA Swasta yang dipilih secara rawak berstrata dari 19 buah IPTMA Kerajaan dan 16 buah IPTMA Swasta di seluruh Malaysia. Data dari responden diperoleh dengan menggunakan soal selidik yang dibina dan diubah suai daripada beberapa instrumen yang terdahulu. Bagi inenjawab persoalan kajian, statistik inferens iaitu analisis regresi berganda digunakan. Berdasarkan analisis regresi berganda didapati bahawa komponen pelaksanaan TQM dimensi kemanusiaan adalah penyumbang tertinggi (32%) terhadap iklim proses organisasi di samping komponen integriti kepemimpinan ( 3.3 %) dan pembentukan visi, misi dan matlamat berasaskan nilai (0.8%). Implikasi kajian ini menunjukkan IPTMA memerlukan kepemimpinan yang berintegriti dan penerapan integriti sebagai penjana pelaksanaan TQM, seterusnya membawa kepada pembentukan iklim organisasi proses organisasi kualiti menyeluruh. publisher: Institut Aminuddin Baki date: 2008-12-01 type: Article type: PeerReviewed format: application/pdf language: en identifier: http://eprints.iab.edu.my/v2/88/1/KESAN_INTEGRITI_KEPEMIMPINAN_DAN_PENGURUSAN_KUALITI_MENYELURUH_%28TQM%29_DIMENSI_KEMANUSIAAN_TERHADAP_IKLIM_PROSES_ORGANISASI.pdf identifier: Mohamed Sani , Ibrahim and Mumtaz Begum, Abdul Kadir (2008) KESAN INTEGRITI KEPEMIMPINAN DAN PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH (TQM) DIMENSI KEMANUSIAAN TERHADAP IKLIM PROSES ORGANISASI: SATU KAJIAN KES. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 18 (02). pp. 41-60. ISSN 1511-4147