TY - JOUR A1 - Mohamed Sani , Ibrahim A1 - Mumtaz Begum, Abdul Kadir Y1 - 2008/12/01/ UR - http://eprints.iab.edu.my/v2/88/ ID - iab_repo88 EP - 60 AV - public JF - Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan KW - integriti kepemimpinan; pengurusan kualiti menyeluruh; TQM;iklim proses organisasi IS - 02 VL - 18 N2 - Kajian ini adalah kajian tinjauan yang bertujuan untuk mengenal pasti sama ada integriti kepemimpinan, pembentukan visi, misi dan matlamat dan pelaksanaan TQM dimensi kemanusiaan menyumbang kepada pembentukan iklim proses organisasi. Sampel kajian terdiri daripada responden seramai 698 orang dari IPTMA Kerajaan dan 581 orang dari IPTMA Swasta yang dipilih secara rawak berstrata dari 19 buah IPTMA Kerajaan dan 16 buah IPTMA Swasta di seluruh Malaysia. Data dari responden diperoleh dengan menggunakan soal selidik yang dibina dan diubah suai daripada beberapa instrumen yang terdahulu. Bagi inenjawab persoalan kajian, statistik inferens iaitu analisis regresi berganda digunakan. Berdasarkan analisis regresi berganda didapati bahawa komponen pelaksanaan TQM dimensi kemanusiaan adalah penyumbang tertinggi (32%) terhadap iklim proses organisasi di samping komponen integriti kepemimpinan ( 3.3 %) dan pembentukan visi, misi dan matlamat berasaskan nilai (0.8%). Implikasi kajian ini menunjukkan IPTMA memerlukan kepemimpinan yang berintegriti dan penerapan integriti sebagai penjana pelaksanaan TQM, seterusnya membawa kepada pembentukan iklim organisasi proses organisasi kualiti menyeluruh. PB - Institut Aminuddin Baki SN - 1511-4147 TI - KESAN INTEGRITI KEPEMIMPINAN DAN PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH (TQM) DIMENSI KEMANUSIAAN TERHADAP IKLIM PROSES ORGANISASI: SATU KAJIAN KES SP - 41 ER -