TY - GEN TI - LAPORAN EKSEKUTIF: Impak NPQEL Terhadap Kepemimpinan, Pembangunan Diri dan Organisasi AV - public A1 - Abdullah, Dr. Jamelaa Bibi Y1 - 2015/// N2 - Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan kepemimpinan pengetua dan guru besar yang telah menghadiri Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (National Professional Qualification for Educational Leaders) Mod Baharu berdasarkan sembilan aspek pengurusan dan empat aspek kepimpinan. Kajian memfokuskan impak NPQEL terhadap kepemimpinan, pembangunan diri dan organisasi pengetua dan guru besar lulusan NPQEL. Kerangka konseptual kajian dibina berdasarkan empat aras model Kirkpatrick (1994) iaitu reaksi, pembelajaran, tingkah laku dan hasil. Kajian akan berfokus kepada tiga elemen utama iaitu pembelajaran, tingkah laku dan hasil. Bagi elemen pembelajaran aspek yang akan diukur adalah berkaitan kehadiran KE Program NPQEL iaitu sesi bersemuka, e-Pembelajaran dan konsultasi. Elemen tingkah laku pula akan mengukur amalan kepemimpinan pengetua dan guru besar berdasarkan sembilan aspek amalan pengurusan dan empat aspek amalan kepimpinan. Manakala elemen hasil pula akan mengukur impak terhadap pembangunan diri dan organisasi. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah gabungan penjelasan explanatory (Creswell, 2008) yang mengutamakan pendekatan kaedah kuantitatif (soal selidik) dan diikuti kualititatif (temu bual). Bagi kajian kuantitatif instrumen soal selidik sebanyak 165 item telah dibangunkan dan diubah suai daripada beberapa sumber iaitu Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM), Model Kepimpinan Sekolah Berimpak Tinggi (IAB, 2012) Revised National Standards for Headteachers in Wales (2006) dan Instrumen Standard Perubahan Dan Inovasi (Jainabee, 2012). Kajian ini akan menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata bagi kajian kuantitatif dengan melibatkan seramai seramai 720 orang sampel kajian iaitu 217 pengetua sekolah menengah dan 503 guru besar sekolah rendah di seluruh Malaysia. Bagi kajian kualitatif pula kaedah persampelan bertujuan digunakan melibat seramai 48 orang responden iaitu Pegawai PPD, Guru Penolong Kanan, Guru penolong dan Wakil PIBG dipilih untuk tringulasi dapatan kuantitaif yang mewakili enam zon di seluruh Malaysia. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif (peratus, kekerapan, min, sisihan piawai) dan statistik inferensi (Regresi pelbagai stepwise). Dapatan kajian juga menunjukkan kepemimpinan, pembangunan diri dan organisasi pengetua dan guru besar berada pada tahap yang sangat tinggi dari segi amalannya. Dapatan juga menunjukkan pengetua dan guru besar lulusan NPQEL telah menunjukkan amalan terbaik dalam pembangunan organisasi iaitu dalam hubungan sesama manusia, perubahan dan inovasi. Dapatan ini turut di sokongan dengan pandangan yang diberikan oleh Pegawai PPD, Guru Penolong Kanan, guru dan wakil PIBG.Kajian turut mendapati hasil latihan dan pengalaman dalam Program NPQEL yang diperolehi mempunyai korelasi yang sederhana kuat dengan kepemimpinan, pembangunan diri dan organisasi pengetua dan guru besar di sekolah. Kajian menunjukkan bahawa hasil latihan dan pengalaman dalam Program NPQEL memberi sumbangan terbesar pada aspek pengurusan kurikulum, sikap dan perubahan. Implikasi kajian menunjukkan hasil latihan dan pengalaman dalam Program NPQEL telah memberi impak yang besar terhadap amalan kepemimpinan, pembangunan diri dan organisasi. Justeru Program NPQEL wajar diteruskan kerana ia memberi ilmu dalam aspek pengurusan dan kepimpinan berterusan yang diperlukan oleh seorang pemimpin berprestasi tinggi di sekolah. Ini seterusnya merealisasikan hasrat PPPM unutk memastikan keberhasilan murid. PB - Institut Aminuddin Baki ID - iab_repo883 UR - http://eprints.iab.edu.my/v2/883/ ER -