<> "The repository administrator has not yet configured an RDF license."^^ . <> . . "Kompetensi Pensyarah Bahasa Institut Aminuddin Baki Dalam Penyampaian Kursus Bahasa"^^ . "Matlamat mewujudkan masyarakat yang menguasai bahasa Malaysia (BM) dan bahasa Inggeris (BI) adalah antara fokus penting dalam sistem pendidikan negara kita (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). BM merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah mencapai aspirasi 1Malaysia. BI merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global. Matlamat dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) tersebut selaras dengan hasrat kerajaan dalam menyediakan asas pembentukan negara bangsa dan pertumbuhan ekonomi mampan dengan matlamat mentransformasikan Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi.\r\nBagi memenuhi aspirasi MBMMBI, pemimpin pendidikan memainkan peranan penting dalam meningkatkan keberkesanan sistem pendidikan negara. Oleh sebab itu, pemimpin pendidikan perlu mendapat latihan yang berkualiti agar dapat menjadi pemimpin yang berwibawa (Nakpodia, 2011). Institut Aminuddin Baki (IAB) sebagai Premier Centre pendidikan yang bertanggungjawab membangunkan keupayaan pemimpin pendidikan di semua peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu memberi latihan yang berkualiti kepada pemimpin sekolah bagi meningkatkan tahap profesionalisme pemimpin pendidikan dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap dari semasa ke semasa.\r\nSebagai sebuah jabatan yang bertanggungjawab melatih pemimpin pendidikan dalam bidang bahasa, Jabatan Bahasa dan Komunikasi (JBK) perlu mengenal pasti serta mengendalikan program yang relevan untuk meningkatkan tahap kompetensi dan profesionalisme pemimpin pendidikan dalam bidang pengurusan bahasa khususnya BM dan BI. Usaha tersebut dapat membantu pemimpin pendidikan dalam melaksanakan dasar-dasar bahasa KPM di peringkat sekolah dengan sistematik dan berkesan."^^ . "2016" . . . . . . . "Wan Azmiza"^^ . "Wan Mohamed"^^ . "Wan Azmiza Wan Mohamed"^^ . . "Jabatan Bahasa dan Komunikasi Pendidikan Pusat Kepimpinan, Komunikasi dan Pengurusan Pejabat"^^ . . . . . . . "Kompetensi Pensyarah Bahasa Institut Aminuddin Baki Dalam Penyampaian Kursus Bahasa (PDF)"^^ . . . "Laporan Kajian Kompetensi pensyarah bahasa IAB_JBK 2014_Jun2016.pdf"^^ . . "HTML Summary of #885 \n\nKompetensi Pensyarah Bahasa Institut Aminuddin Baki Dalam Penyampaian Kursus Bahasa\n\n" . "text/html" . . . "L Education (General)"@en . .