TY - BOOK PB - Institut Aminuddin Baki N2 - Penerbitan buku Standard Keperibadian dan Amalan Pemimpin Pendidikan BerprestasiTinggimerupakan satu usaha mendokumentasikan hasil kajian di Institut Aminuddin Baki.Penghasilan buku ini sebagaipanduan umum yang boleh diaplikasi oleh Pengetua dan Guru Besar (PGB)untuk menaraf tahap kepimpinan berprestasi tinggi selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Menjelang 2025, semua PGB di Malaysia telah mencapai tahap pemimpin berprestasi tinggi. Buku ini juga dapat dijadikan panduan oleh pemimpin pendidikan yang lain di sekolah sebagai senarai semak dalam mengurus dan mentadbir sekolah. Penerbitan buku ini dapat dijadikan wadah perkongsian ilmu, khususnya berhubung kriteria pemimpin berprestasi tinggi dalam kalangan PGB dan panduan kepada pelaksanaan kursus dan program pembangunan di Institut Aminuddin Baki (IAB).Maklumat yang diketengahkan diharap dapat menyumbang kepada penambahbaikan dan peningkatan kualiti perkhidmatan pensyarah dalam bidang berkaitan. Hal ini seiring dengan hasrat IAB untuk memastikan setiap program mempunyai nilai tambah berdasarkan enam fungsi utama IAB iaitu latihan, konsultasi, penyelidikan, penerbitan atau penulisan, serta pentaksiran dan pasukan pemikir. Y1 - 2018/// A1 - Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia SN - 978-967-0504-72-8 ID - iab_repo896 UR - http://eprints.iab.edu.my/v2/896/ AV - public TI - Standard Keperibadian dan Amalan Pemimpin Pendidikan Berprestasi Tinggi 2018. ER -