%P 65-78 %J Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan %V 16 %L iab_repo91 %T KECERDASAN EMOSI DAN PENGURUSAN STRES GURU PENOLONG KANAN DI SEKOLAH RENDAH %N 01 %I Institut Aminuddin Baki %K emosi, stres,guru penolong kanan %X Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kecerdasan emosi dan pengurusan stres guru penolong kanan di sekolah rendah mengkaji perbezaan min dan hubungannya. Seramai 134 orang pengurus sekolah yang terpilih dari daerah Pulau, Pulau Pinang iaitu terdiri daripada guru penolong kanan pentadbiran, guru penolong kanan hal ehwal murid dan guru penolong kanan kokurikulum telah dipilih sebagai responden. Ujian-t digunakan untuk mengkaji perbezaan min kecerdasan emosi berdasarkan tahap stres. Analisis korelasi Pearson digunakan untuk mengkaji hubungan antara kecerdasan emosi dengan pengurusan stres. Keputusan kajian menunjukkan kecerdasan emosi bagi kesemua guru penolong kanan berada pada tahap yang rendah. Secara terperinci, dapatan kajian menunjukkan bahawa aspek kecerdasan emosi interpersonal adalah antara aspek yang paling tinggi dikuasai dengan skor min sebanyak 103.92, diikuti pula oleh aspek general mood dengan skor min sebanyak 102.12, dan aspek penyesuaian dengan skor min sebanyak 98.08. Namun demikian, kebanyakan guru penolong kanan di sekolah rendah didapati mengalami tahap stres yang sederhana atau tinggi. Pengujian perbezaan kecerdasan emosi ini didapati signifikan antara guru penolong kanan yang mengalami stres pada tahap yang sederhana berbanding dengan yang tinggi. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan didapati wujudnya hubungan yang signifikan dan kukuh (r = 0.866) antara kecerdasan emosi dengan stres responden. Sementara itu, wujudnya hubungan yang kukuh antara stres dengan aspek kecerdasan emosi interpersonal (r = 0.632); mengurus stres (r 0.640); penyesuaian (r = 0.741); dan 'general mood' (r = 0.628) tetapi sederhana kukuh dengan aspek kecerdasan emosi intrapersonal (r = 0.350). %A Abdullah Abdul Ghani %A Keow Ngang Tang %A Ismail Aziah %D 2006