TY - JOUR KW - pengurusan disiplin KW - kefahaman KW - amalan guru KW - felda jengka IS - 01 AV - public JF - Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan ID - iab_repo92 UR - http://eprints.iab.edu.my/v2/92/ EP - 106 A1 - Jamalullail, Abdul Wahab A1 - Noraini, Abdullah A1 - Norlelawati , Megat Rasidin A1 - Shamsudin , Mohamad A1 - Jafri, Abu Y1 - 2009/07/01/ SP - 81 TI - KEFAHAMAN DAN AMALAN GURU DALAM PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH: KAJIAN DI FELDA JENGKA, MARAN, PAHANG SN - 1511-4147 VL - 19 N2 - Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman dan amalan guru dalam pengurusan disiplin sekolah. Kajian ini juga melihat hubungan antara tahap kefahaman guru terhadap pengurusan disiplin sekolah dan tahap amalan guru dalam penguatkuasaan peraturan disiplin sekolah. Selain itu, kajian ini mengkaji perbezaan tahap kefahaman guru terhadap pengurusan disiplin sekolah dan tahap amalan guru dalam penguatkuasaan peraturan disiplin sekolah berdasarkan jantina guru. Sampel kajian terdiri daripada 120 orang guru (60 guru lelaki dan 60 guru perempuan) daripada empat buah sekolah menengah harian biasa di Felda Jengka di daerah Maran, Pahang. Hasil kajian mendapati tahap kefahaman guru dan tahap amalan guru dalam pengurusan disiplin sekolah berada pada tahap tinggi. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara tahap kefahaman guru terhadap pengurusan disiplin sekolah dan tahap amalan guru dalam penguatkuasaan peraturan disiplin sekolah. Analisis Ujian-t mendapati wujud perbezaan yang signifikan antara tahap kefahaman guru lelaki dan guru perempuan terhadap pengurusan disiplin sekolah. Tahap kefahaman guru lelaki terhadap pengurusan sekolah didapati lebih tinggi berbanding tahap kefahaman guru perempuan. Kajian ini mendapati tidak wujud perbezaan yang signifikan antara tahap amalan guru lelaki dan guru perempuan dalam penguatkuasaan peraturan disiplin sekolah. PB - Institut Aminuddin Baki ER -