eprintid: 93 rev_number: 11 eprint_status: archive userid: 3 dir: disk0/00/00/00/93 datestamp: 2013-03-11 00:48:28 lastmod: 2013-03-11 00:48:28 status_changed: 2013-03-11 00:48:28 type: article metadata_visibility: show item_issues_count: 0 creators_name: Che Kamaliah, Endud corp_creators: Institut Aminuddin Baki title: AMALAN KECEMERLANGAN DI KOLEJ TUNKU KURSHIAH ispublished: pub subjects: LB2300 full_text_status: public keywords: amalan kecemerlangan pengurusan, budaya kerja sekolah, amalan kecemerlangan kokurikulum, KOLEJ TUNKU KURSHIAH abstract: Dalam memimpin Kolej Tunku Kurshiah (KTK), banyak perkara yang halus dipertimbangkan. Tradisi, etos, budaya dan sejarah yang mendasari matlamat penubuhannya perlu dikekalkan. Tuntutan dan keperluan pendidikan semasa pula perlu diseimbangkan dengan mencipta kelainan dan kepelbagaian dalam corak pengurusan. Dasar pengurusan sekolah adalah mengaitkan setiap aktiviti sekolah dengan pembangunan diri pelajar dari aspek akademik, hal ehwal murid dan kokurikulum selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang secara jelas menyatakan "untuk membangunkan potensi setiap modal insan secara berkualiti, menyeluruh dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek". Kolej Tunku Kurshiah mempercayai kualiti diri seseorang itu adalah berkadaran terus dengan komitmen mereka terhadap kecemerlangan. Kecemerlangan memupuk sikap, dan sikap menentukan kecemerlangan. 0leh itu, amalan memupuk sikap yang sentiasa ingin menjadi yang terbaik merupakan salah satu fokus di KTK bagi memastikan kecemerlangan sebagai tradisi sekolah dapat dipertahankan. Slogan seperti 'When we go to compete, we come back as champions!' menjadi penyuntik semangat dalam setiap pertandingan. Kecemerlangan di KTK dirancang secara berperingkat, berterusan dan bersistematik. Trofi adalah untuk kemenangan individu, tetapi keunggulan adalah untuk kemenangan pasukan. Keunggulan hanya terbina apabila setiap individu dalam pasukan mempunyai ikatan yang kukuh. Di KTK terdapatnya kesefahaman tentang keunggulan dan amalan kerja berperancangan yang terselaras dalam kalangan pihak pengurusan dan guru-gurunya. Justeru, tanggungan tugas harian dan tugas tambahan dapat diagihkan tanpa menjejaskan kualiti atau membebankan. Taklimat guru mingguan selama 1-1 ½ jam menjadi ruang perkongsian maklumat terkini tentang perkembangan sekolah dan untuk tindakan bagi yang terlibat. Oleh itu, lebih masa diperuntukkan untuk melaksanakan kerja dan perancangan sekolah agar sentiasa mengikut takwim dan tiada yang tertunda atau terabai. Pasukan yang longgar ikatan kerja tidak mampu membina atau mencapai matlamat institusi. Kolej Tunku Kurshiah mengutarakan visinya untuk menjadi 'Institusi Bertaraf Dunia Beridentiti Malaysia'. Oleh itu setiap gerak kerja dan program sekolah disalur, dilaksana dan diseimbangkan bagi merealisasikan misi sekolah iaitu Melahirkan lnsan Total Yang Menjadi Pemimpin Dan Pemain Global Beridentiti Malaysia'. Justeru, pembangunan modal insan ini diterima sebagai tanggungjawab bersama semua rakan sekerja yang perlu dilaksanakan oleh setiap guru yang mengurus dan mengendalikan pelajar bagi apa jua bentuk aktiviti. Di KTK, kami sentiasa mencari dan mencipta peluang untuk memastikan setiap pelajar dapat dibangunkan secara lengkap melalui aktiviti sekolah demi mengelakkan keciciran. Setiap pelajar KTK harus mempunyai kemahiran minimum seperti: Khatam Al-Quran sebelum tingkatan tiga, sekurang-kurangnya sekali penglibatan peringkat antarabangsa, mewakili sekolah sekurang-kurangnya sekali hingga ke peringkat negeri, mempunyai pengalaman mengetuai dan mengurus satu aktiviti sekolah dan mendapat sekurang-kurangnya satu sijil aktiviti akademik atau kokurikulum di peringkat kebangsaan sebelum tamat tingkatan lima. Sebagai sebuah institusi yang pernah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster, pengukuhan kebitaraan KTK dilaksanakan secara tidak langsung dalam semua aktiviti sekolah. Kebitaraan dan amalan ‘R&D’ menggunakan ICT diperkukuhkan dalam bentuk gerakerja dan kerja rumah yang ditugaskan melalui aktiviti mata pelajaran. Kebitaraan diamalkan setiap hari semasa perhimpunan pagi dan melalui drama. Setiap pelajar dipastikan ‘disentuh’ dan bakat kepimpinannya dicungkil dalam tempoh lima tahun mereka berada di KTK. Kemenjadian pelajar KTK dibentuk berdasarkan tradisi dan etos melalui pengalaman yang disediakan. date: 2010-07-19 date_type: published publication: Prosiding Seminar Pengurusan & Kepimpinan Pendidikan Ke-17 2010 publisher: Institut Aminuddin Baki pagerange: 115-126 refereed: TRUE issn: 978-983-9479-72-0 citation: Che Kamaliah, Endud (2010) AMALAN KECEMERLANGAN DI KOLEJ TUNKU KURSHIAH. Prosiding Seminar Pengurusan & Kepimpinan Pendidikan Ke-17 2010. pp. 115-126. ISSN 978-983-9479-72-0 document_url: http://eprints.iab.edu.my/v2/93/1/PROSIDING_SN_17_7.pdf.pdf