%P 127-142 %J Prosiding Seminar Nasional Pengurusan & Kepimpinan Ke-17 2010 %L iab_repo94 %T SEKOLAH MENENGAH SAINS SEREMBAN (SASER): PERKONGSIAN RESIPI KEJAYAAN SPM 2009 %I Institut Aminuddin Baki %K pemimpin, pengetua, SEKOLAH MENENGAH SAINS SEREMBAN (SASER) %A Sani Sabuddin %X Kepimpinan yang cemerlang dan kebijaksanaan mengatur strategi dalam pengurusan memainkan peranan yang amat panting dalam menentukan kualiti dan kecemerlangan sesebuah organisasi sekolah. Kepimpinan sekolah yang cemerlang adalah tonggak kejayaan dalam pelbagai aspek sama ada dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Oleh yang demikian, kecemerlangan sesebuah sekolah amat memerlukan seorang pemimpin iaitu pengetua yang mempunyai karakter yang unggul dan berkarisma tinggi dalam pengurusannya. Menurut Elwood Chapman dan Sharon Lund O'neil (2000) dalam buku mereka Leadership: Essential Steps Every Manager Needs to Know, tiga sumber utama kuasa kepimpinan ialah peranan kepimpinan (kuasa yang membawa kepada kedudukan), kuasa personaliti (penghasilan kuasa dijana oleh individu tersebut) dan kuasa pengetahuan (kuasa yang berasal daripada kemahiran yang istimewa atau pengetahuan) (three basics sources of leadership power are role power (the power that goes with position), personality power (power generated by the force of the individual) and knowledge power (power that is derived from special skill or knowledge). Manakala, Andrew J. Dubrin (2004) berpendapat, karisma adalah kualiti istimewa seorang pemimpin yang mempunyai keazaman luar biasa yang membezakan mereka daripada orang lain (charisma is special quality of leaders whose purposes power, and extraordinary determination differentiate them from others). Oleh itu, kepimpinan yang berkarisma tinggi dalam sesebuah organisasi merupakan elemen yang penting untuk mencapai kejayaan. Karisma yang unggul dalam kepimpinan SASER telah membolehkan pelbagai resipi baru diterokai untuk melonjakkan kecemerlangan yang dikecapi. Dalam usaha meningkatkan kecemerlangan, pelbagai idea telah dicetuskan dan pelbagai usaha telah dilaksanakan dengan jayanya oleh barisan kepimpinan bersama guru-guru SASER berlandaskan perancangan yang teliti dan sistematik. Kertas kerja ini akan membincangkan dan berkongsi strategi-strategi kecemerlangan yang telah dilaksanakan di SASER sepanjang tempoh penubuhan SASER pada tahun 2002 sehingga ke hari ini. Perkongsian pengalaman kecemerlangan ini amat penting sebagai satu sumbangan kecil daripada pihak SASER bagi meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia. %D 2010