TY - UNPB ID - iab_repo968 UR - http://eprints.iab.edu.my/v2/968/ A1 - Noraini Binti Abdullah, , A1 - Hamidon Bin khalid, , A1 - Prof. Madya Mohd Izham Bin Mohd. Hamzah, , PB - - N2 - Kajian ini bertujuan meninjau amalan pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan di Malaysia sebagai pemimpin teknologi dari aspek visi dan kepimpinan; pengajaran dan pembelajaran; amalan professional dan produktiviti; kelengkapan infrastruktur dan; sokongan pengurusan dan pengendalian ICT. Selain itu kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pengetua dalam mengimplementasikan kepimpinan teknologi dan bagaimana mereka menangani kekangan yang dihadapi di sekolah. Kajian ini menggunakan gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif dalam meneliti lima aspek kepimpinan teknologi pengetua. Data kuantitatif diperolehi daripada Soal Selidik Penilaian Kepimpinan Teknologi Pentadbir yang akan ditadbirkan kepada 375 orang pengetua dari enam zon yang berbeza. Data kualitatif pula diperolehi melalui temu bual enam orang pengetua dan enam orang guru dari enam zon di Malaysia. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif dan ujian inferensi MANOVA dengan menggunakan perisian SPSS versi 17. Kajian ini juga telah menggunakan dapatan temu bual untuk menyokong dapatan kuantitatif dan bagi menjawab persoalan kajian iaitu untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pengetua dan bagaimana mereka menangani masalah tersebut dalam mengimplementasikan kepimpinan teknologi di sekolah. Selain itu beberapa cadangan penambahbaikan untuk pengetua memainkan peranan sebagai pemimpin teknologi yang berkesan juga di analisis melalui temu bual enam orang pengetua dan enam orang guru. Y1 - 2015/// M1 - working_paper AV - public TI - AMALAN KEPIMPINAN TEKNOLOGI PENGETUA DALAM PENGINTEGRASIAN ICT DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI MALAYSIA ER -