eprintid: 97 rev_number: 7 eprint_status: archive userid: 5 dir: disk0/00/00/00/97 datestamp: 2013-03-11 00:52:07 lastmod: 2013-03-11 00:52:07 status_changed: 2013-03-11 00:52:07 type: article metadata_visibility: show item_issues_count: 0 creators_name: Lokman, Mohd Tahir creators_name: Aminah, Abdul Wahab corp_creators: INSTITUT AMINUDDIN BAKI title: PERANAN PENGETUA SEBAGAI AGEN PERUBAHAN DI SEKOLAH ispublished: submitted subjects: LB1603 full_text_status: public keywords: pengetua, perubahan abstract: Perubahan di sekolah secara asasnya bermula daripada tindakan seorang pemimpin iaitu pengetua. Malah keberkesanan kepada proses perubahan di sekolah juga berakar umbi daripada peranan pengetua sesebuah sekolah. Oleh itu, kajian ini dirangka bertujuan untuk meninjau peranan Pengetua sebagai pelaksana/agen perubahan sama ada pengurus atau perintis serta kaitannya dengan dimensi tingkah laku perubahan dan fasa-fasa perubahan di sekolah. Dimensi tingkah laku perubahan yang dikaji merangkumi aspek penetapan matlamat, menstruktur dan menyusun semula sekolah, bekerjasama dan menugaskan kerja. Seramai 72 orang guru telah dipilih daripada empat buah sekolah menengah untuk memberikan maklum balas mereka tentang peranan pengetua sebagai agen perubahan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peranan pengetua sebagai pelaksana perubahan (pengurus dan perintis) adalah pada tahap yang tinggi. Kajian juga menunjukkan bahawa dimensi penetapan matlamat, menstruktur dan menyusun semula sekolah sebagai tempat kerja serta bekerjasama dan menugaskan kerja telah dilaksanakan dengan berkesan oleh pengetua. Namun, analisis statistik inferensi menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan peranan pengetua sebagai pelaksana perubahan (pengurus dan perintis) berdasarkan jantina, kelulusan akademik mahupun gred jawatan guru. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan antara peranan pengetua sebagai pelaksana perubahan iaitu sebagai pengurus berdasarkan jantina guru. Berdasarkan piawaian korelasi pula, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang sederhana antara peranan pengetua sebagai pelaksana perubahan iaitu pengurus dengan tingkah laku perubahan dan fasa-fasa perubahan. date: 2010-06-01 date_type: submitted publication: Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan volume: 20 number: 01 publisher: Institut Aminuddin Baki pagerange: 01-16 refereed: TRUE citation: Lokman, Mohd Tahir and Aminah, Abdul Wahab (2010) PERANAN PENGETUA SEBAGAI AGEN PERUBAHAN DI SEKOLAH. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 20 (01). 01-16. (Submitted) document_url: http://eprints.iab.edu.my/v2/97/1/ARTIKEL_1.pdf