%0 Report %9 Documentation %A Eddin Mortada, Mor %F iab_repo:970 %T KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN %U http://eprints.iab.edu.my/v2/970/ %X Penyelidikan boleh dilakukan dalam pelbagai cara, namun penyelidikan itu perlu ada ciri-ciri penyelidikan yang saintifik. Setiap kajian yang hendak dilaksanakan haruslah ada objektif atau bertujuan. Contohnya tujuan kajian ialah untuk mengkaji masalah penggunaan singkatan dalam penulisan. Ini akan membantu penyelidik untuk merancang kajian bagi mendapatkan data yang bersesuaian dan tepat. Kajian yang dijalankan haruslah bersifat mendalam dan bersandarkan pada teori yang ada serta metod yang baik. Kajian haruslah dijalankan dalam cara yang boleh mendapatkan maklumat selengkap yang boleh.Sebagai contoh dalam mendapatkan data, metod kajian yang menggunakan gabungan soal selidik, pemerhatian dan temubual adalah lebih mendalam jika dibandingkan dengan hanya menggunakan satu cara pengumpulan data sahaja. Sebuah kajian jangka panjang akan dapat memberikan maklumat yang mendalam berbanding dengan yang dilakukan melalui keratan rentas. Dengan cara ini kita dapat meneliti jika ada apa-apa perubahan dalam tren terhadap masalah yang dikaji. Kajian yang melihat masalah dari pelbagai sudut adalah lebih baik. Contohnya, untuk mengetahui kenapa masalah ponteng sekolah selalu berlaku, maklumat boleh dikumpul dari guru besar,guru-guru dan para pelajar itu sendiri. jika mendapatkan data dari satu pihak sahaja, maka ia mungkin menghasilkan data yang bias. Mendalam juga merujuk kepada ketepatan data yang mana data juga haruslah diperolehi dari sumber yang tepat dan sahih. sebagai contoh, sekiranya penyelidik hendak mengetahui emosi seorang murid yang menghadapi masalah pembelajaran, beliau haruslah mendapatkan seorang responden yang menghadapi masalah itu. sumber-sumber lain seperti rekod pembelajaran, pemerhatian guru, dan rakan-rakan sekelas boleh digunakan sebagai sokongan kepada data dari murid yang sebenar. Andaian yang diutarakan dalam kajian dalam bentuk hipotesis mestilah boleh diuji. Hipotesis pula boleh dibina berdasarkan teori atau kajian lepas. Ia mampu diuji sama ada dalam bentuk perkaitan, perbezaan, hubungan atau meramal sesuatu perkaitan. Contohnya menguji perbezaan antara murid lelaki dan murid perempuan terhadap tumpuan mereka di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. ataupun hubungan antara prestasi dan komitmen murid-murid di dalam kelas dan sebagainya. Dapatan atau hasil kajian yang diperolehi dari menguji hipotesis boleh diulang dengan mengujinya di tempat lain atau suasana lain. sebagai contoh, kajian mengenai prestasi muridmurid di sekolah A dapat di ulang di sekolah B. Kejituan ialah sedekat manakah dapatan kajian kita dengan keadaan sebenar atau realiti. kejituan boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti cara mengumpul data, pengukuran, alat ukuran kajian yang digunakan, sampel kajian dan lain-lain aktiviti dalam proses penyelidikan. Dalam kajian sosial seringkali digunakan paras keyakinan 95% dan 99%. Paras keyakinan 95% bermakna kita yakin sebanyak 95% bahawa dapatan kajian itu mencerminkan populasi yang kita kaji. Hanya 5% sahaja berkemungkinan ia berlaku secara kebetulan. Generalisasi dalam penyelidikan bermaksud sejauh manakah dapatan kajian kita ini dapat digunakan, dipanjangkan atau diumumkan pada populasi yang berbeza dan dalamsituasi yang berbeza-beza. Sehubungan dengan ciri-ciri kaedah sains, ia haruslah bersifat sejagat (universality) yang boleh merentasi masa,individu dan tempat yang dikaji. Sekiranya kajian itu dapat digunakan pada populasi dan keadaan yang lebih meluas, maka lebih tinggi nilai dan penggunaannya. Namun sesuatu kajian yang tidak dapat dipanjangkan pada populasi atau keadaa yang berbeza-beza tidak bermakna ia tidak mempunyai nilai saintifik. Dalam hal ini, dapatan kajian itu hanya terbatas atau boleh digunakan pada populasi yang dikaji sahaja. Ianya terhad, kerana hasil kajian tidak dapat digunakan pada populasi selain dari yang dikaji. Kajian yang baik haruslah berusaha mencari punca masalah paling berkaitan dengan masalah yang dikaji. Sebagai contoh, kajian lepas menunjukkan punca kemiskinan mempunyai perkaitan dengan pelbagai faktor seperti taraf pendidikan, taraf pendidikan ibu bapa, pendapatan ibu bapa, tempat tinggal (luar bandar, bandar atau kampung), kemudahan mendapat pekerjaan, pengangguran, latar belakang keluarga, sikap individu dan sebagainya. Namun demikian untuk tujuan, kajian penyelidik haruslah melihat pada kajian-kajian lepas sebelum ia memilih pembolehubah mana yang harus dikaji untuk mendapatkan satu kajian yang parsimoni.