@inproceedings{iab_repo990, author = { Prof. Dr. Yusup Hashim}, booktitle = {KOLOKIUM ICT DALAM PENDIDIKAN 2013}, title = {KEPIMPINAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM KURUN KE 21: CABARAN UNTUK PEMIMPIN DAN PENTADBIR SEKOLAH}, year = {2013}, abstract = {Teknologi daripada awal lagi telah merubah cara guru mengajar dan murid belajar dari penggunaan tablet papan batu hinggalah kepada penggunaan tablet komputer seperti Ipad atau Samsung. Bagaimana pengetua atau gurubesar harus menghadapi perkembangan teknologi yang begitu pesat yang mempengaruhi ledakan maklumat dan kompleksiti pedagogi yang digunakan dalam kurun ke 21? Pemimpin dan pengurus sekolah harus bertanggungjawab menghadapi perubahan ini. Adakah sekolah harus menyediakan satu plan teknologi untuk melaksana dan mengintegrasikan penggunaaan teknologi pendidikan dalam pengurusan dan pengajaran dan pembelajaran agar dapat membawa masyarkat pendidik dan pelajar sekolah ke Zaman Digital? Dalam pendidikan guru, model TPACK (Koehler \& Mishra, 2008) diberi tumpuan untuk menghasilkan guru yang berupaya mengintegrasikan teknologi, kandungan dan pedagogi dalam dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kertas kerja ini juga akan membincangkan Lima Standard Nasional Teknologi Pendidikan atau National Educational Technology Standards (NETS, 2009) untuk pentadbir sekolah yang telah dikemukakan oleh International Society of Technology Education (ISTE), Amerika. Disamping itu dapatan kajian penggunaan teknologi pendidikan di kalangan pengetua/gurubesar menggunakan Technology Standards for School Administrators (TSSA) (2001) akan dibincangkan. Dapatan kajian menunjukkan peratus keseluruhan bagi enam standard ini ialah 76.6\% (sederhana tinggi.) Dari enam standard ini sokongan tertinggi bagi pengetua/guru besar adalah dalam Standard Pembelajaran dan Pengajaran (86.4\%) diikuti oleh Kepimpinan dan Visi Teknologi Instruksional (77.7\%), Produktiviti dan Amalam Profesional (76.9\%), Isu Sosial, Perundangan dan Etika (76.9\%), dan Standard Sokongan, Pengurusan dan Operasi (75.3\%). Manakala standard yang terendah ialah dalam Standard Pentaksiran dan Penilaian (66.5\%). Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk meningkatkan lagi penggunaan teknologi instruksional di sekolah. Sebagai penutup, satu soalan tentang pentaksiran standard teknologi berasaskan NETS (2002) telah disediakan untuk menilai standard teknologi di sekolah.}, url = {http://eprints.iab.edu.my/v2/990/} }