IAB Institutional Repository

Kepimpinan dan pengurusan strategik di institusi pendidikan MARA

MD. SALLEH, MARIAM and IBRAHIM, MOHAMMED SANI and ARIFFIN, SITI RAHAYAH (2016) Kepimpinan dan pengurusan strategik di institusi pendidikan MARA. Jurnal Pendidikan Malaysia.

[img] PDF
Download (45kB)

Abstract

Kajian ini menyelidik kepimpinan dan pengurusan strategik di institusiinstitusi pendidikan MARA iaitu Kolej Profesional MARA/Kolej MARA, Institut Kemahiran MARA dan Maktab Rendah Sains MARA. Data diperoleh melalui soal selidik yang dijawab oleh 425 orang ahli pengurusan serta temu bual ke atas 15 orang responden. Dapatan menunjukkan tahap kepimpinan dan pengurusan strategik adalah tinggi. Ujian MANOVA menunjukkan terdapat perbezaan kepimpinan antara IKM dengan MRSM. Terdapat kesan interaksi antara jantina dengan aliran pendidikan yang menunjukkan kepimpinan pentadbir lelaki dari aliran sains lebih baik daripada kepimpinan pentadbir lelaki dan perempuan aliran sastera. Ujian korelasi Pearson juga menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan bagi domain kepimpinan dan pengurusan strategik. Analisis regresi berganda mendapati bahawa semua domain kepimpinan memberi sumbangan ke atas pengurusan dan domain pengurusan strategik juga memberi sumbangan ke atas kepimpinan. Dapatan kajian ini telah menghasilkan implikasi praktikal untuk meningkatkan kualiti pendidikan di institusi pendidikan MARA. Gandingan sektor pendidikan MARA dengan sektor usahawan MARA adalah perlu agar penumpuan kepada melahirkan graduan dan tenaga mahir berpengetahuan (k-pekerja) berdaya saing dan berorientasikan keusahawanan dapat dicapai.

Item Type: Article
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 16 Apr 2020 15:33
Last Modified: 16 Apr 2020 15:33
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1001

Actions (login required)

View Item View Item