IAB Institutional Repository

PENGARUH KEPEMIMPINAN TRANSFORMASI SEKOLAH DAN EFIKASI KOLEKTIF GURU TERHADAP KOMITMEN KUALITI PENGAJARAN

Abdul Ghani Kanesan , Abdullah and Kuppan, K. Anandan (2009) PENGARUH KEPEMIMPINAN TRANSFORMASI SEKOLAH DAN EFIKASI KOLEKTIF GURU TERHADAP KOMITMEN KUALITI PENGAJARAN. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-16 2009. pp. 23-36. ISSN 983-9479-17-2

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh kepemimpinan transformasi sekolah terhadap efikasi kolektif dan komitmen kualiti pengajaran guru. Secara khususnya objektif kajian ini adalah untuk menentukan sama ada efikasi kolektif guru menjadi moderator terhadap hubungan di antara kepemimpinan transformasi sekolah dengan komitmen kualiti pengajaran guru. Seramai 250 orang responden dipilih secara rawak mudah dari sekolah menengah kebangsaan harian daerah Kulim/Bandar Baharu, Kedah Darul Aman. Data bagi kajian tinjauan ini diperoleh melalui soal selidik yang diadaptasi dari instrumen yang digunakan oleh Ross dan Gray (2006), Wai-Yen Chan at al., (2008) dan Janssen (2000). Pengujian hipotesis dilakukan dengan menggunakan analisis regresi berganda linear dan berhieraki. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepemimpinan transformasi sekolah mempengaruhi komitmen pengajaran dan komitmen inovasi pengajaran guru. Di samping itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa efikasi kolektif guru berfungsi sebagai moderator terhadap hubungan di antara kepimpinan transformasi sekolah dengan komitmen inovasi pengajaran. Dari segi implikasinya guru-guru kanan mata pelajaran boleh mengamalkan gaya kepemimpinan transformasi untuk mengubah sikap guru di sekolah khususnya dalam menambahbaik komitmen inovasi pengajaran. Selain itu guru-guru pula harus berusaha membentuk keyakinan yang dikongsi secara bersama bagi mencapai sesuatu matlamat organisasi.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: transformational leadership, efficacy collective, teaching commitment
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Lib 1
Date Deposited: 11 Mar 2013 00:46
Last Modified: 12 Mar 2013 04:18
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/114

Actions (login required)

View Item View Item