Shahril @ Charil, Marzuki and Marzita, Abu Bakar
PELAKSANAAN PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH BERTARAF PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ): ISU DAN CABARAN.
Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-16 2009.
pp. 138-160.
ISSN 983-9479-17-2
Abstract
Pengurusan kewangan adalah penting di sekolah kerana tanpa peruntukan kewangan yang mencukupi, program dan aktiviti sekolah tidak dapat dijalankan secara lebih berkesan. Menaiktaraf sekolah kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) adalah strategi utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam PIPP 2006-2010 untuk mengurangkan karenah birokrasi agar sekolah dapat menerima peruntukan dengan lebih banyak dan lebih cepat untuk membiayai pelaksanaan program dan aktiviti. Pelaksanaan desentralisasi pengurusan kewangan ini juga adalah seiring dengan perkembangan desentralisasi pengurusan sekolah di luar negara seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Hong Kong, Singapura dan New Zealand. Berasaskan konsep"let managers manage", PTJ membolehkan pengurus-pengurus sekolah bertaraf PTJ mempunyai lebih kuasa autonomi dan lebih berakauntabiliti dalam pembuatan keputusan dan pengurusan kewangan sekolah. Namun, terdapat beberapa isu dan masalah dalam pelaksanaannya iaitu, konsep dan objektif sekolah sebagai PTJ tidak jelas; (ii) penurunan kuasa autonomi, (iii) kefahaman dan kepimpinan pengetua sebagai pelaksana, (iv) sumber-sumber sokongan pelaksanaan, (v) latihan profesional, (vi) pemantauan, (vii) ketidaktekalan struktur pelaksanaan dan (VIII) prestasi kewangan sekolah bertaraf PTJ. Sehubungan dengan itu, sembilan cabaran pelaksanaan telah digariskan bagi memastikan matlamat menaik taraf sekolah-sekolah kepada PTJ dapat disempurnakan. Sembilan cabaran itu adalah (i) menentukan konsep, misi dan visi sekolah sebagai PTJ disampaikan dengan jelas. (ii) menentukan pelaksana dasar adalah individu yang berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai kepimpinan yang tinggi, (iii) menentukan sumber-sumber sokongan pelaksanaan pengurusan kewangan sekolah PTJ adalah mencukupi, (iv) menentukan latihan profesional yang berkualiti kepada pelaksana, (v) menentukan had-had dan kesediaan penurunan kuasa, (vi) membudayakan pemikiran keusahawanan, (vii) menilai kecekapan dan keberkesanan pengurusan kewangan sekolah PTJ, (viii) menentukan maklumat dan data-data lengkap, terkini dan boleh diakses pada bila-bila masa dan (ix) memastikan kestabilan sosial, ekonomi den politik dalam negara.
Actions (login required)
 |
View Item |