Marzita, Abu Bakar
(2012)
SEKOLAH KURANG MURID: SAIZ SEKOLAH PENENTU KEBERKESANAN SEKOLAH?
Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 23 (1).
pp. 91-101.
ISSN 1511-4147
Abstract
Sekolah-sekolah bersaiz kecil adalah sekolah kurang murid (SKM) dengan bilangan murid kurang daripada 150 orang. Saiz sekolah yang kecil ini pula biasa dilihat sebagai memberi kesan langsung terhadap mutu pendidikan di sekolah berkenaan. Banyak penyelidikan dalam pendidikan yang turut mengaitkan saiz sekolah yang kecil ini dengan tahap pencapaian dan keberkesanan kos. Artikel ini membincangkan sama ada sekolah kecil adalah lebih berkesan daripada sekolah besar dalam aspek pencapaian murid, sahsiah dan tingkah laku murid, penyertaan murid dalam kokurikulum, penglibatan ibu bapa dan keberkesanan kos. Didapati bahawa saiz sekolah bukanlah penentu kepada pencapaian, kecekapan dan keberkesanan sekolah. Faktor pengurusan kepimpinan pendidikan didapati lebih penting dalam menentukan perkara-perkara tersebut. Terdapat saiz sekolah yang kecil adalah lebih diperlukan dan lebih sesuai berbanding dengan saiz sekolah yang besar terutamanya di kawasan-kawasan berkepadatan tinggi.
Actions (login required)
 |
View Item |