IAB Institutional Repository

TRET KEPIMPINAN PENGETUA DAN GURU BESAR DI MALAYSIA: PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH

Sharifah Sebran Jamila, Syed Imam and Muhammad Sani, Ibrahim and Mohd Izham, Mohd. Hamzah (2012) TRET KEPIMPINAN PENGETUA DAN GURU BESAR DI MALAYSIA: PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 23 (1). pp. 29-43. ISSN 1511-4147

[img]
Preview
PDF
Download (830kB) | Preview

Abstract

Legasi kepimpinan telah bermula sejak beberapa kurun di seluruh dunia. Pada zaman klasik, teori tret kepimpinan telah berjaya melahirkan ramai pemimpin yang hebat dan disegani. Justeru kajian ini bertujuan untuk melihat tahap tret kepimpinan pengetua dan guru besar daripada perspektif pentadbir sekolah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan seramai 329 orang pengetua dan guru besar serta 886 pentadbir sekolah yang terdiri daripada PK Kurikulum, PK HEM dan PK Kokurikulum. Dapatan kajian daripada perspektif pentadbir sekolah menunjukkan pengetua dan guru besar mempunyai tahap tret kepimpinan dari aspek keyakinan diri, integriti dan iltizam pada tahap sangat tinggi. Manakala tret kecergasan hanya pada tahap tinggi sahaja. Dapatan kajian menunjukkan skor min menunjukkan PK Kurikulum memberikan penilaian yang tinggi bagi tret kepimpinan pengetua dan guru besar diikuti PK HEM. Manakala PK Kokurikulum memberikan skor min yang rendah bagi keempat-empat tret kepimpinan pengetua dan guru besar. Analisis keseluruhan daripada perspektif pentadbir sekolah mendapati pengetua dan guru besar mempunyai tret iltizam yang paling tinggi diikuti tret integriti, keyakinan diri dan kecergasan. Implikasi kajian menunjukkan pengetua dan guru besar sekolah mempunyai tret kepimpinan yang sangat tinggi. Pemimpin yang mempunyai tret kepimpinan yang tinggi mempunyai tret personaliti atau kualiti diri yang tinggi mampu mengurus dan memimpin sekolah dengan berkesan. Justeru ciri tret pemimpin sekolah perlu dijadikan kriteria utama dalam melahirkan pemimpin sekolah yang berkualiti.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Tret Kepimpinan,pengetua sekolah, guru besar
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Lib 1
Date Deposited: 04 Feb 2013 07:02
Last Modified: 12 Mar 2013 03:59
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/15

Actions (login required)

View Item View Item