IAB Institutional Repository

Kesediaan guru pendidikan khas dalam pelaksaan program transisi kerjaya

Mohd Tajuddin, Norizan and Shaffeei, Kama (2023) Kesediaan guru pendidikan khas dalam pelaksaan program transisi kerjaya. JURNAL PENDIDIKAN BITARA UPSI, 16. pp. 1-14. ISSN 2821-3173 (1-14)

[img] PDF
Download (399kB)

Abstract

Program Transisi Kerjaya (PTK) merupakan program pembangunan kemahiran dan pembangunan sokongan kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang dilaksanakan di peringkat sekolah menengah di seluruh Malaysia. Program ini telah dilaksanakan secara rasmi mulai tahun 2019 di semua sekolah yang menawarkan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV). Guru Pendidikan Khas (GPK) merupakan pelaksana program ini berpandukan Modul dan Garis Panduan PTK yang telah disediakan. Satu kajian rintis dijalankan bagi melihat tahap kesediaan guru merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pelaksanaan PTK bagi MBPK. Data diperoleh melalui reka bentuk kaedah tinjauan dalam talian yang melibatkan 30 orang guru berkhidmat di PPKI sekolah menengah di Negeri Selangor. Instrumen kajian menggunakan soal selidik skala Likert 5 mata dan hasil dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Science (SPSS) 25.0. Analisis data melibatkan min, sisihan piawai dan peratus. Dapatan kajian mendapati pengetahuan guru (min=3.87), kemahiran guru (min=3.86) dan sikap guru (min=3.85) adalah tinggi. Secara keseluruhan tahap kesediaan guru dalam pelaksanaan program di Negeri Selangor adalah tinggi (min=3.86). Ini menunjukkan guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang baik dan bersikap positif dalam pelaksanaan program. Implikasi kajian ini ialah semua guru diharap dapat terus meningkatkan kesediaan untuk memasukkan pengetahuan, kemahiran, dan sikap serta bersedia menyahut cabaran demi mencapai matlamat program. Penglibatan dan kerjasama daripada pihak seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pentadbiran sekolah, ibu bapa, dan pihak industri juga amat penting bagi mencapai matlamat program. Ini bagi memastikan aspek kebolehpasaran MBPK dipertingkatkan kerana ia merupakan salah satu tonggak pembangunan modal insan yang memberi impak kepada pembangunan negara.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Guru Pendidikan Khas, Kesediaan, Program Transisi Kerjaya, Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 20 Feb 2024 07:33
Last Modified: 20 Feb 2024 07:33
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1500

Actions (login required)

View Item View Item