Abu Bakar,, Yoehana and Mohd Hamzah,, Mohd Izham (2024) Hubungan Amalan Kepimpinan Teknologi Pengetua Dengan Efikasi Kendiri Guru Sekolah Menengah Harian Di Muar, Johor. (The Relationship between Principal Technology Leadership Practices and Self-Efficacy of Daily High School Teachers in Muar, Johor). Jurnal Dunia Pendidikan, 6 (2). pp. 34-48. ISSN e-ISSN: 2682-826X
![]() |
PDF
Download (270kB) |
Abstract
Kepimpinan teknologi merupakan satu acuan yang boleh digunakan pemimpin sekolah bagi memperkembangkan potensi warga pendidik dalam mempertingkatkan efikasi kendiri untuk menguasai teknologI maklumat dan komunikasi (ICT) supaya bersedia serta berupaya menghadapi perubahan sistem pendidikan ke arah penggunaan teknologi digital. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan teknologi pengetua dan hubungannya dengan efikasi kendiri guru sekolah menengah harian di daerah Muar, Johor. Kajian ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif melalui edaran borang soal selidik secara dalam talian. Responden kajian terdiri daripada 323 orang guru yang bertugas di sekolah menengah harian daerah Muar. Analisis deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS telah digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan kepimpinan teknologi pengetua menurut persepsi guru berada pada tahap tinggi (min=4.00, sp=0.30) dan tahap efikasi kendiri juga berada pada tahap tinggi (min=4.12, sp=0.27). Analisis melalui ujian Korelasi Pearson juga menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan tetapi lemah di antara amalan kepimpinan teknologi pengetua dengan efikasi kendiri guru (r=0.235, p<0.01). Implikasinya, pihak berkepentingan seperti KPM, JPN dan PPD boleh menggunakan dapatan kajian ini untuk merancang, merangka dan melaksanakan program atau kursus untuk meningkatkan kualiti kepimpinan teknologi pemimpin sekolah dan efikasi kendiri guru. Dapatan kajian ini juga boleh juga memberi kesan kepada perubahan pendekatan latihan berfokuskan kepada elemen yang terkandung dalam kepimpinan teknologi yang secara tidak langsung akan memberi impak kepada kualiti sekolah dan kemenjadian murid melalui pembangunan kualiti profesional pemimpin sekolah. Kesimpulannya, iperanan pengetua sebagai pemimpin sekolahitelah berubah kepada pemimpin teknologi selari dengan pengintegrasian ICT yang diaplikasikan dalam pendidikan masa kini. Justeru, pengetua perlu peka dan berupaya untuk menguasai amalan kepimpinan teknologiidengan lebih berkesan.
Item Type: | Article |
---|---|
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Penerbitan & Dokumentasi |
Depositing User: | pdsp 2 |
Date Deposited: | 12 Feb 2025 04:05 |
Last Modified: | 12 Feb 2025 04:05 |
URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1571 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |