IAB Institutional Repository

BUDAYA SEKOLAH BERPENCAPAIAN TINGGI DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEWIBAWAAN PENGETUA

Lila , Halim and Mohammed , Sani Ibrahim and Izani , Ibrahim (2006) BUDAYA SEKOLAH BERPENCAPAIAN TINGGI DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEWIBAWAAN PENGETUA. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-13 2006. pp. 37-54. ISSN 983-9479-17-2

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (700kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan melihat amalan budaya sekolah yang diamalkan di sekolah-sekolah berpencapaian tinggi di seluruh negara dan kaitannya dengan kewibawaan pengetua. Giri-ciri budaya sekolah meliputi kepimpinan pengetua, perkongsian misi dan visi, persekitaran pembelajaran, penumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran, ekspektasi guru, pengukuhan yang positif, pemantauan pengajaran dan pembelajaran, hak dan tanggungjawab pelajar, perkongsian tanggungjawab antara sekolah dan ibu bapa serta organisasi pembelajaran. Seramai 651 orang responden yang terdiri daripada pelajar, guru dan pengetua di sekolah-sekolah berpencapaian tinggi terlibat dalam kajian ini. Pengumpulan data dibuat melalui soal selidik. Pemprosesan data dibuat dengan menggunakan Program SPSS versi 12.0 untuk mendapatkan frekuensi, peratusan, min dan statistik inferensi seperti Ujian t, Anova Sehala, Ujian Korelasi dan Analisis Regresi digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi pelajar, guru dan pengetua terhadap amalan budaya sekolah di sekolah-sekolah berpencapaian tinggi berada pada tahap amalan yang tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat tujuh ciri utama dalam budaya sekolah yang mempunyai hubungan dengan pencapaian akademik pelajar, iaitu kepimpinan pengetua, persekitaran pembelajaran, penumpuan kepada pengajaran den pembelajaran, pengajaran bermatlamat, ekspektasi guru, pengukuhan positif dan pemantauan perkembangan pelajar. Selain itu, kepimpinan pengetua memberi sumbangan yang besar kepada pencapaian akademik pelajar. Sehubungan itu, melalui kajian ini dicadangkan supaya sekolah-sekolah berpencapaian tinggi ditadbir dan diurus oleh pengetua yang berwibawa, berkebolehan atau pengetua cemerlang. Di samping itu, dicadangkan pihak sekolah memberi tumpuan kepada ciri-ciri budaya sekolah dalam usaha mencapai kecemerlangan. Beberapa tajuk kajian lanjutan telah dicadangkan, antaranya menjalankan kajian untuk melihat perbandingan amalan budaya sekolah berpencapaian tinggi dan sekolah yang berpencapaian rendah serta melibatkan ibu bapa sebagai responden kajian pada masa akan datang.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: budaya sekolah, kewibawaan pengetua, ciri-ciri budaya sekolah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Lib 1
Date Deposited: 20 Jun 2013 08:06
Last Modified: 20 Jun 2013 08:06
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/166

Actions (login required)

View Item View Item