IAB Institutional Repository

SOKONGAN PENGETUA, KOMITMEN GURU DAN KEINGINAN KEKAL DALAM PROFESION PERGURUAN

Tang , Keow Ngang (2006) SOKONGAN PENGETUA, KOMITMEN GURU DAN KEINGINAN KEKAL DALAM PROFESION PERGURUAN. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-13 2006. pp. 69-80. ISSN 983-9479-17-2

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (481kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan sokongan pengetua dengan komitmen guru dan keinginan kekal dalam profesion perguruan di Sekolah Menengah Harian Daerah Larut Matang dan Selama (zon bandar). Secara terperincinya kajian ini ingin mengenal pasti persepsi guru terhadap sokongan pengetua. Sejumlah 260 orang guru dari 10 buah sekolah menengah harian telah dipilih secara rawak untuk menjadi responden kajian ini. Data dikumpul dari responden kajian dengan menggunakan soal selidik sebagai alat ukur. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif, korelasi Pearson dan regresi pelbagai menerusi SPSS versi 13.0. Dapatan kajian jelas menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan, positif, dan tinggi antara sokongan pengetua dengan komitmen guru (r = .945). Manakala sokongan pengetua menunjukkan hubungan yang signifikan, positif, dan sederhana dengan keinginan kekal dalam profesion perguruan (r = .657). Seterusnya analisis regresi memaparkan sokongan alatan sebagai peramal signifikan terhadap komitmen guru (85.4%). Sementara sokongan penilaian sebagai peramal signifikan terhadap keinginan kekal dalam profesion perguruan (65.1%). Kajian ini akan memberi manfaat kepada semua pengetua dan bakal pengetua yang akan menerajui pucuk kepemimpinan organisasi di sesebuah sekolah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: sokongan pengetua, komitmen guru
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Lib 1
Date Deposited: 20 Jun 2013 08:00
Last Modified: 20 Jun 2013 08:00
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/168

Actions (login required)

View Item View Item