Muda, Mohammad Azmi and Alias, Bity Salwana Isu dan Cabaran Kepimpinan Pendidikan dalam Mengupayakan Pendidikan Digital di Malaysia: Satu Tinjauan Literatur. Social Sciences Education eJournal. ISSN 1556- 5068
|
PDF
- Submitted Version
Download (338kB) |
Abstract
Seiring dengan evolusi digital yang semakin bergerak pantas, kepimpinan pendidikan perlu bijak dalam memastikan integrasi teknologi yang diterapkan berjaya dimanfaatkan dengan sebaiknya. Kertas konsep ini bertujuan untuk mengenal pasti isu dan cabaran utama yang dihadapi, mengupas dasar-dasar yang berkaitan, menilai implikasi kepimpinan pendidikan digital, serta mencadangkan strategi yang berkesan untuk mengatasi isu-isu tersebut. Kertas konsep ini menggunakan pendekatan tinjauan literatur untuk mengenal pasti isu-isu utama dan mencadangkan strategi yang berkesan. Antara strategi yang dicadangkan termasuklah meningkatkan latihan digital pemimpin dan guru, memperkukuh infrastruktur sekolah, meningkatkan penglibatan ibu bapa dan komuniti, serta memastikan murid dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan digital yang mencukupi. Kepimpinan pendidikan perlu mengadaptasi teori kepimpinan transformasional untuk memotivasi dan membimbing guru dalam mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulannya, kepimpinan pendidikan yang berkesan adalah penting untuk menangani cabaran pendidikan digital dan memastikan kejayaan pelaksanaan dasar pendidikan digital di Malaysia. Kajian lanjut disarankan untuk menilai keberkesanan program latihan digital, kepuasan murid terhadap pembelajaran digital dan analisis isu serta cabaran pelaksanaan strategi kepimpinan dalam melaksanakan Dasar Pendidikan Digital.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Tranformasi, Pendidikan digital, TMK |
| Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum T Technology > TP Chemical technology T Technology > TS Manufactures |
| Divisions: | Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Penerbitan & Dokumentasi |
| Depositing User: | pdsp 2 |
| Date Deposited: | 26 Oct 2026 00:14 |
| Last Modified: | 26 Oct 2026 00:14 |
| URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1741 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |


