Isu dan Cabaran Kepimpinan Pendidikan dalam Mengupayakan Pendidikan Digital di Malaysia: Satu Tinjauan Literatur - IAB Institutional Repository
IAB Institutional Repository

Isu dan Cabaran Kepimpinan Pendidikan dalam Mengupayakan Pendidikan Digital di Malaysia: Satu Tinjauan Literatur

Muda, Mohammad Azmi and Alias, Bity Salwana Isu dan Cabaran Kepimpinan Pendidikan dalam Mengupayakan Pendidikan Digital di Malaysia: Satu Tinjauan Literatur. Social Sciences Education eJournal. ISSN 1556- 5068

[img] PDF - Submitted Version
Download (338kB)

Abstract

Seiring dengan evolusi digital yang semakin bergerak pantas, kepimpinan pendidikan perlu bijak dalam memastikan integrasi teknologi yang diterapkan berjaya dimanfaatkan dengan sebaiknya. Kertas konsep ini bertujuan untuk mengenal pasti isu dan cabaran utama yang dihadapi, mengupas dasar-dasar yang berkaitan, menilai implikasi kepimpinan pendidikan digital, serta mencadangkan strategi yang berkesan untuk mengatasi isu-isu tersebut. Kertas konsep ini menggunakan pendekatan tinjauan literatur untuk mengenal pasti isu-isu utama dan mencadangkan strategi yang berkesan. Antara strategi yang dicadangkan termasuklah meningkatkan latihan digital pemimpin dan guru, memperkukuh infrastruktur sekolah, meningkatkan penglibatan ibu bapa dan komuniti, serta memastikan murid dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan digital yang mencukupi. Kepimpinan pendidikan perlu mengadaptasi teori kepimpinan transformasional untuk memotivasi dan membimbing guru dalam mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulannya, kepimpinan pendidikan yang berkesan adalah penting untuk menangani cabaran pendidikan digital dan memastikan kejayaan pelaksanaan dasar pendidikan digital di Malaysia. Kajian lanjut disarankan untuk menilai keberkesanan program latihan digital, kepuasan murid terhadap pembelajaran digital dan analisis isu serta cabaran pelaksanaan strategi kepimpinan dalam melaksanakan Dasar Pendidikan Digital.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Tranformasi, Pendidikan digital, TMK
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
T Technology > TP Chemical technology
T Technology > TS Manufactures
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Penerbitan & Dokumentasi
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 26 Oct 2026 00:14
Last Modified: 26 Oct 2026 00:14
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1741

Actions (login required)

View Item View Item