Abd. Hafidz , Pg. Adnan and Lokman , Mohd Tahir and Hamidon , A. Rahman
(2004)
PEMAHAMAN DAN TANGGAPAN GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH TERHADAP PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH : KAJIAN DI DUA BUAH SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH PAPAR, SABAH.
Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-12 2004.
pp. 235-246.
ISSN 983-9479-17-2
Abstract
Usaha untuk meningkatkan kualiti dalam bidang pendidikan di Malaysia terutamanya di sekolah telah berjalan begitu lama. Pelbagai falsafah, konsep dan kaedah peningkatan kualiti telah cuba diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kajian ini dilaksana untuk meninjau tahap pemahaman dan tanggapan guru-guru siswazah sekolah menengah di Sabah terhadap Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM). Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan soal selidik sebagai instrumen. Dua buah sekolah menengah di daerah Papar, Sabah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Majakir dan Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Limauan telah dipilih sebagai lokasi kajian ini. Beberapa faktor demografi iaitu umur, kategori perkhidmatan dan pengalaman mengajar merupakan pemboleh ubah bebas untuk kajian ini. Pemboleh ubah ini dipilih oleh pengkaji untuk melihat kaitannya dengan tahap pemahaman dan tahap tanggapan guru-guru terhadap TQM. Pemboleh ubah ini juga dipilih untuk melihat perbezaan tahap pemahaman dan tanggapan terhadap TQM di kalangan guru. Kajian ke atas perkara ini penting kerana pemahaman yang baik oleh guru-guru terhadap TQM adalah kunci kepada kejayaan pelaksanaan konsep kualiti tersebut di peringkat sekolah. Hasil kajian ini mendapati bahawa tahap pemahaman dan tanggapan guru sekolah menengah di daerah Papar, Sabah terhadap TQM adalah tinggi.
Actions (login required)
 |
View Item |