IAB Institutional Repository

PELAKSANAAN DAN PENGGUNAAN ‘OPEN SOURCE SOFTWARE’ SEBAGAI PENYELESAIAN YANG MURAH DAN MUDAH: IMPLEMENTASI PENGGUNAAN SISTEM SMS (SHORT MESSAGE SERVICE) DALAM PENGURUSAN DI SEKOLAH RENDAH

LIM, LI WEN (2014) PELAKSANAAN DAN PENGGUNAAN ‘OPEN SOURCE SOFTWARE’ SEBAGAI PENYELESAIAN YANG MURAH DAN MUDAH: IMPLEMENTASI PENGGUNAAN SISTEM SMS (SHORT MESSAGE SERVICE) DALAM PENGURUSAN DI SEKOLAH RENDAH. In: PROSIDING KOLOKIUM ICT DALAM PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN 2013. INSTITUT AMINUDDIN BAKI, Malaysia, pp. 55-64. ISBN 9789670504216

WarningThere is a more recent version of this item available.
[img]
Preview
PDF
Download (728kB) | Preview

Abstract

Penggunaan ‘Open Source Software’ telah diimplementasikan dalam penggunaan kerja harian di sekolah. Sekolah telah menggunakan ‘Open Source Software’ dimana ia tidak dikenakan kos lesen untuk penggunaan perisian tersebut. Antara Open Source Software yang telah diimplementasikan adalah penggunaan LAMP (Linux, Apache, MySQL, PHP) / WAMP (Windows, Apache, MySQL, PHP) dalam melaksanakan kerja rutin sekolah. Penggunaan PlaySMS sebagai pengantara SMS Gateway sekolah untuk pemberian notis mengurangkan penggunaan kertas dan kos percetakan. Penggunaan Open OPAC dan Library System di perpustakaan telah memudahkan buku dikatalogkan serta memudahkan pengurusan pinjaman dan pemulangan buku. Kajian ini akan melihat sejauh manakah penggunaan ‘Open Source’ di sekolah dapat memanfaatkan pengajaran dan pembelajaran serta melancarkan sistem pentadbiran sekolah dengan memberikan fokus penekanan pada Sistem SMS yang telah dilaksanakan. Sesi temu bual dengan warga sekolah dan persatuan ibu bapa dilaksanakan untuk mengetahui pandangan mereka terhadap keberkesanan pelaksanaan dan penggunaan ‘Open Source Software’ dalam bidang ICT pendidikan dan pentadbiran. Data penggunaan dikutip daripada sistem database SMS untuk dianalisis. Kekerapan penggunaan SMS juga dikaji untuk mengetahui keberkesanan pelaksanaan sistem tersebut dalam rutin harian pentadbiran sekolah. Penggunaan SMS secara ‘Open Source’ dalam rutin harian telah memudahkan pihak pentadbir sekolah untuk berhubung dengan warga sekolah. Hasil daripada implementasi penggunaan sistem SMS, kos percetakan dan kertas telah dapat dikurangkan dan ibu bapa juga telah dapat menerima mesej ataupun notis daripada sekolah dengan lebih mudah.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: PELAKSANAAN DAN PENGGUNAAN ‘OPEN SOURCE SOFTWARE’ SEBAGAI PENYELESAIAN YANG MURAH DAN MUDAH: IMPLEMENTASI PENGGUNAAN Linux, Apache, MySQL, PHP
Subjects: L Education > L Education (General)
T Technology > T Technology (General)
Divisions: Pusat Penyelidikan, Penilaian & ICT > Jabatan Pendidikan & Penilaian
Depositing User: pdsp 3
Date Deposited: 16 Apr 2015 01:18
Last Modified: 16 Apr 2015 01:18
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/447

Available Versions of this Item

Actions (login required)

View Item View Item