LIM, LI WEN
(2014)
PELAKSANAAN DAN PENGGUNAAN ‘OPEN SOURCE
SOFTWARE’ SEBAGAI PENYELESAIAN YANG MURAH DAN
MUDAH: IMPLEMENTASI PENGGUNAAN
SISTEM SMS (SHORT MESSAGE SERVICE) DALAM
PENGURUSAN DI SEKOLAH RENDAH.
In:
PROSIDING KOLOKIUM ICT DALAM PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN 2013.
INSTITUT AMINUDDIN BAKI, Malaysia, pp. 55-64.
ISBN 9789670504216
Abstract
Penggunaan ‘Open Source Software’ telah diimplementasikan dalam penggunaan kerja
harian di sekolah. Sekolah telah menggunakan ‘Open Source Software’ dimana ia tidak
dikenakan kos lesen untuk penggunaan perisian tersebut. Antara Open Source Software
yang telah diimplementasikan adalah penggunaan LAMP (Linux, Apache, MySQL, PHP)
/ WAMP (Windows, Apache, MySQL, PHP) dalam melaksanakan kerja rutin sekolah.
Penggunaan PlaySMS sebagai pengantara SMS Gateway sekolah untuk pemberian
notis mengurangkan penggunaan kertas dan kos percetakan. Penggunaan Open OPAC
dan Library System di perpustakaan telah memudahkan buku dikatalogkan serta
memudahkan pengurusan pinjaman dan pemulangan buku. Kajian ini akan melihat sejauh
manakah penggunaan ‘Open Source’ di sekolah dapat memanfaatkan pengajaran dan
pembelajaran serta melancarkan sistem pentadbiran sekolah dengan memberikan fokus
penekanan pada Sistem SMS yang telah dilaksanakan. Sesi temu bual dengan warga
sekolah dan persatuan ibu bapa dilaksanakan untuk mengetahui pandangan mereka
terhadap keberkesanan pelaksanaan dan penggunaan ‘Open Source Software’ dalam
bidang ICT pendidikan dan pentadbiran. Data penggunaan dikutip daripada sistem
database SMS untuk dianalisis. Kekerapan penggunaan SMS juga dikaji untuk
mengetahui keberkesanan pelaksanaan sistem tersebut dalam rutin harian pentadbiran
sekolah. Penggunaan SMS secara ‘Open Source’ dalam rutin harian telah memudahkan
pihak pentadbir sekolah untuk berhubung dengan warga sekolah. Hasil daripada
implementasi penggunaan sistem SMS, kos percetakan dan kertas telah dapat dikurangkan
dan ibu bapa juga telah dapat menerima mesej ataupun notis daripada sekolah dengan
lebih mudah.
Available Versions of this Item
-
PELAKSANAAN DAN PENGGUNAAN ‘OPEN SOURCE
SOFTWARE’ SEBAGAI PENYELESAIAN YANG MURAH DAN
MUDAH: IMPLEMENTASI PENGGUNAAN
SISTEM SMS (SHORT MESSAGE SERVICE) DALAM
PENGURUSAN DI SEKOLAH RENDAH. (deposited 16 Apr 2015 01:18)
[Currently Displayed]
Actions (login required)
 |
View Item |