IAB Institutional Repository

PELAKSANAAN PENGURUSAN 1BestarıNet DI SK TAMAN PUTRA PERDANA

Sukimin, Juki (2013) PELAKSANAAN PENGURUSAN 1BestarıNet DI SK TAMAN PUTRA PERDANA. PROSIDING KOLOKIUM ICT DALAM PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN 2013. pp. 117-128.

[img]
Preview
PDF
Download (3MB) | Preview

Abstract

1BestariNet merupakan satu projek baharu KPM untuk memastikan ke semua 10,000 sekolah di Malaysia mendapat akses internet yang sempurna. Melalui projek ini kaedah pembelajaran virtual diterapkan sebagai platform dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan pengurusan dan pentadbiran (PdT). Kertas ini akan membincangkan pelaksanaan pengurusan 1bestarinet yang telah dilakukan di peringkat SK Taman Putra Perdana. Inisiatif ini diambil sebagai langkah menangani isu penilaian yang dilakukan oleh PISA dan TiMSS terhadap pencapaian pelajar Malaysia berbanding dengan negara-negara Asia lain. Hasil perkembangan pesat bidang ICT yang bermula dalam tahun 1960an hingga kini memperlihatkan satu perubahan yang besar. Selaras dengan perkembangan itulah, pihak sekolah mengambil daya usaha untuk memastikan projek ini berjalan seiring dengan hasrat KPM. Pelbagai usaha dirancang dan dilaksanakan melibatkan warga sekolah bagi mencetuskan budaya ICT dalam PdP dan PdT. Hasilnya, satu perubahan yang besar dapat dilihat dalam kalangan guru, pelajar dan ibubapa yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada pencapaian akademik pelajar. Namun begitu, terdapat juga beberapa cabaran yang dihadapi semasa pelaksanaan projek ini. Secara pemuafakaan dan komitmen semua pihak isu-isu tersebut dapat ditangani dengan baik.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: PELAKSANAAN PENGURUSAN 1BestarıNet DI SK TAMAN PUTRA PERDANA
Subjects: L Education > L Education (General)
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > ZA Information resources > ZA4050 Electronic information resources
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 3
Date Deposited: 21 Dec 2015 01:34
Last Modified: 21 Dec 2015 01:34
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/511

Actions (login required)

View Item View Item