IAB Institutional Repository

CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN DAN GAYA PEMIKIRAN KEUSAHAWANAN PENGETUA

Norasmah , Othman and Hariyaty, Ab. Wahid (2006) CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN DAN GAYA PEMIKIRAN KEUSAHAWANAN PENGETUA. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 16 (01). pp. 13-38. ISSN 1511-4147

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (1MB) | Preview

Abstract

Pengetua adalah individu yang dipilih dalam kalangan guru yang dilantik secara rasmi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengetuai dan mentadbir sesebuah sekolah menengah dan diberikan autonomi sehingga kepada peringkat tertentu untuk menguruskan segala sumber yang ada di sekolah. Oleh itu, kecemerlangan atau kemunduran prestasi dan prestij sesebuah sekolah dikaitkan dengan bagaimana cemerlang kepimpinan dan budaya kerja pengetuanya. Pemikiran yang cemerlang adalah penentu pencapaian organisasi. Pengetua juga memerlukan satu pemikiran yang berkesan. Pemikiran yang berkesan ini mampu memberi panduan untuk mereka bertindak dalam keadaan sebenar untuk mencapai kejayaan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan meninjau gaya pemikiran keusahawanan di kalangan 85 orang pengetua sekolah menengah di Negeri Perak Darul Ridzuan dalam menguruskan sekolah masing-masing. Fokus kajian adalah untuk melihat sama ada gaya pemikiran pengetua sama seperti gaya pemikiran seorang usahawan atau sebaliknya dengan meninjau tahap ciri-ciri keusahawanan yang dimiliki oleh pengetua dan tahap pemikiran keusahawanan yang dominan diamalkan oleh pengetua dalam menguruskan sekolah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: keusahawanan; gaya pemikiran; pengetua
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 06 Mar 2013 08:08
Last Modified: 06 Mar 2013 08:08
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/55

Actions (login required)

View Item View Item