Numl Hudani , Md.Nawi
(2009)
GAYA KEPEMIMPINAN TERHADAP PRESTASI KERJA PENSYARAH: ALIRAN SAINS DAN ALIRAN SASTERA.
Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 19 (02).
pp. 17-35.
ISSN 1511-4147
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan serta perbezaan bagi gaya kepemimpinan terhadap prestasi kerja seseorang pemimpin. Kajian ini dilakukan ke atas sekumpulan pensyarah dari aliran yang berbeza. Sebanyak 96 orang pensyarah UMS dari aliran sains (47 orang) dan sastera (49 orang) dikaji untuk mengetahui gaya kepemimpinan terhadap prestasi kerja mereka. Alat kajian yang digunakan adalah Skala Gaya Kepimpinan bagi mengukur gaya kepimpinan dan The Performance Pyramid untuk mengukur prestasi kerja. Kaedah korelasi digunakan untuk mengkaji hubungan antara gaya kepemimpinan terhadap prestasi kerja. Sementara itu, perbezaan bagi gaya terhadap prestasi kerja dikaji dengan menggunakan ANOVA sehala. Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara gaya kepemimpinan dengan prestasi kerja pensyarah bagi aliran sastera sahaja r =.38, k<0.05(statesmanship), r = .33, k <0.05(keusahawan) dan r =.31, k<0.05(inovasi). Seterusnya, terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya kepemimpinan pensyarah aliran sastera F(3,45)=3.97, k<0.05, dan pensyarah aliran sains F(3,43)=.3.08, k<0.05 terhadap prestasi (keusahawanan) mereka. Kajian ini menunjukan bahawa gaya kepimpinan pensyarah menyumbang kepada pencapaian prestasi dalam konteks pendidikan di universiti.
Actions (login required)
 |
View Item |