Che Abdullah, Mardziah (2015) PROGRAM ULUL ALBAB: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DALAM MEREALISASIKAN VISI DAN MISI SEKOLAH. PROSIDING KOLOKIUM KEBANGSAAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL KE-10, 2014 (10). pp. 33-41.
![]() |
PDF
Download (6MB) |
Abstract
Kertas kerja ini bertujuan untuk menjelaskan bagaimana Kepimpinan Instruksional Pengetua dapat merealisasikan visi SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu untuk menghasilkan generasi Ulul Albab. Program Ulul Albab yang menjadikan al-Quran sebagai asas utama untuk melahirkan Golongan Ulul Albab diamalkan di semua SM Imtiaz Yayasan Terengganu. Program ini mempunyai tiga elemen utama iaitu Quranik, Ensaiklopedik dan Ijtihadik (QEI). Kejayaan program ini berkehendakkan kepimpinan instruksional yang mempunyai visi dan misi yang jelas. Pernyataan visi dan misi dapat membantu Pengetua menjalankan tanggungjawab secara berfokus. Selain itu, matlamat yang ingin dicapai disebarkan kepada semua warga sekolah untuk memudahkan kerja setiap unit yang ada di sekolah dan mengoptimakan keberhasilan. Dalam hal ini, semua perancangan aktiviti yang dibuat di SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu mengambil kira ketiga - tiga elemen utama dalam Program Ulul Albab. Melalui program Ulul Albab, pihak sekolah telah mampu melahirkan pelajar yang seimbang dalam semua aspek. Mereka bukan sahaja mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran, bahkan mampu bersaing dalam bidang-bidang akademik dan kokurikulum.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | PROSIDING KOLOKIUM KEBANGSAAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL KE-10, 2014, PROGRAM ULUL ALBAB: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DALAM MEREALISASIKAN VISI DAN MISI SEKOLAH |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education L Education > LB Theory and practice of education |
Divisions: | UNSPECIFIED |
Depositing User: | pdsp 3 |
Date Deposited: | 09 Dec 2016 08:44 |
Last Modified: | 09 Dec 2016 08:44 |
URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/590 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |