IAB Institutional Repository

SATU KAJIAN KE ATAS PELAKSANAAN PENGURUSAN PERSONEL KHUSUS DIBIDANG PERKEMBANGAN STAF DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH SEKITAR BANDARAYA JOHOR BAHRU.

Kalthom, Mohd Marjan (1997) SATU KAJIAN KE ATAS PELAKSANAAN PENGURUSAN PERSONEL KHUSUS DIBIDANG PERKEMBANGAN STAF DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH SEKITAR BANDARAYA JOHOR BAHRU. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF - Cover Image
Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji program Iatihan perkembangan staf di sekolah-sekolah menengah di sekitar bandaraya Johor Bahru. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan pendekatan kuantitatif berasaskan soal selidik yang direka khusus untuk mengumpulkan maklumat berkaitan pandangan dan pendapat pentadbir sekolah mengenai program latihan perkembangan staf yang dilaksanakan di sekolah mereka. Bahagian yang dikaji ialah perancangan, perlaksanaan serta penilaian program latihan. Sampel kajian ialah sembilan belas orang pentadbir sekolah kategori DG3 terdiri dari samada pengetua atau penolong kanan. Sebanyak sepuluh buah sekolah gred A dan sembilan buah sekolah gred B terlibat dalam kajian ini. Data yang diperoleh, dianalisis berdasarkan min keseluruhan mengikut bahagian serta min setiap item dalam bahagian berkenaan. Ujian statistik tidak berparameter pula digunakan untuk mengkaji kewujudan perbezaan bahagian-bahagian program latihan di kalangan dua gred sekolah. Kajian ini mendapati bahawa pentadbir sekolah memberikan perhatian yang lebih sempurna ke atas bahagian perlaksanaan berbanding bahagian perancangan dan penilaian. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati perlaksanaan ketiga-tiga bahagian program latihan adalah di tahap sederhana. Kajian juga mendapati tidak wujud perbezaan yang ketara mengenai bahagian-bahagian program latihan di kalangan sekolah gred A dan gred B,

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: SATU KAJIAN KE ATAS PELAKSANAAN PENGURUSAN PERSONEL KHUSUS DIBIDANG PERKEMBANGAN STAF DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH SEKITAR BANDARAYA JOHOR BAHRU
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 30 Aug 2017 03:44
Last Modified: 30 Aug 2017 04:00
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/639

Actions (login required)

View Item View Item