IAB Institutional Repository

ISU-ISU DALAM LATIHAN UNTUK TENAGA PENGAJAR BAGI ORANG KURANG UPAYA (TPOKU) DI MALAYSIA

Zainal Rashid, Kamaruddin and Norasmah, Othman and Mohd Izham, Hamzah (2010) ISU-ISU DALAM LATIHAN UNTUK TENAGA PENGAJAR BAGI ORANG KURANG UPAYA (TPOKU) DI MALAYSIA. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 20 (01). pp. 33-55. (Submitted)

[img]
Preview
PDF - Submitted Version
Download (12MB) | Preview

Abstract

Kertas ini bertujuan mengenengahkan kepentingan latihan Tenaga Pengajar Bagi Orang Kurang Upaya (TPOKU) yang bertugas melatih pelajar OKU di pusat-pusat latihan kemahiran seperti bengkel terlindung yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Latihan untuk TPOKU yang komprehensif dan jitu akan menghasilkan tenaga pengajar berilmu yang lengkap dengan pengetahuan, kemahiran dan bersikap profesional dalam menghadapi cabaran memberi latihan kepada golongan orang kurang upaya (OKU). Latihan dapat membantu TPOKU mengenal pasti ciri-ciri pendidikan khusus yang diperlukan oleh OKU bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan efektif. TPOKU yang mahir akan bersikap positif, komited dan profesional dalam tindakan mereka terhadap pelajar OKU. Kertas ini menghuraikan bahawa TPOKU terlatih dapat melaksanakan amanah dan merupakan strategi terbaik dalam membina latihan OKU kelas pertama.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Tenaga Pengajar bagi Orang Kurang Upaya (TPOKU); Orang Kurang Upaya (OKU); pusat latihan; latihan; vokasional
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: pdsp 3
Date Deposited: 11 Mar 2013 00:51
Last Modified: 11 Mar 2013 00:51
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/100

Actions (login required)

View Item View Item