Yusnita Ghani, (2014) KEPIMPINAN PENGETUA/GURU BESAR BERPRESTASI TINGGI DAN KUALITI KEBERHASILAN PELAJAR. Documentation. Unpublished. (Unpublished)
![]() |
PDF
Download (363kB) |
Abstract
Amalan kepimpinan pengetua yang berprestasi tinggi sememangnya mempengaruhi kualiti keberhasilan pelajar. Peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang positif dan menyeluruh pula, mempunyai hubungan dengan kepemimpinan pengetua. Ini bertepatan dengan adanya bukti yang mencadangkan bahawa pengetua memainkan peranan utama dalam penambahbaikan sekolah dan meningkatkan hasil pencapaian pelajar (Hallinger & Heck, 1995; Reynolds et.al., 2002; Waters, Marzano & cNulty, 2003; Fullan, 2007; Leithwood, Harris, & Hopkins, 2006). Jelasnya, sekolah berprestasi tinggi mesti mempunyai kepemimpinan yang kuat yang dimiliki oleh pengetua (Wilson, 2011). Dapatan penyelidikan juga mengesahkan bahawa sekolah prestasi rendah sukar diubah kepada sekolah prestasi tinggi dan berkesan kecuali pengetua berkenaan merupakan pemimpin yang kuat dan tidak mengenal lelah (Leithwood et. al 2010). Kejayaan dalam pencapaian sekolah amat berkait rapat dengan kepimpinan yang. Terdapat penjelasan kepada perkara ini dimana kepemimpinan bertindak sebagai pemangkin bagi merealisasikan potensi kapasiti yang sedia wujud dalam organisasi (Leithwood, Harris & Hopkins, 2006). Pemimpin pendidikan ini berjaya memahami cabaran perubahan, dan mereka menyebarkan keseimbangan rasa kesegeraan dengan kesabaran, kegigihan dan optimis. Maka pulangan terhadap kepimpinan sekolah yang berjaya terletak kepada output iaitu kualiti keberhasilan pelajar. Pemimpin merupakan ketua dan tunjung utama dalam organisasi.
Item Type: | Monograph (Documentation) |
---|---|
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education |
Divisions: | Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber |
Depositing User: | pdsp 2 |
Date Deposited: | 25 Aug 2020 03:56 |
Last Modified: | 25 Aug 2020 03:56 |
URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1037 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |