Khairunesa , Isa
(2012)
IMPAK PERSEKITARAN ORGANISASI TERHADAP PERKONGSIAN
PENGETAHUAN DALAM PEMBANGUNAN LESTARI ORGANISASI.
Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 24 (02).
pp. 1-15.
ISSN 1511-4147
Abstract
Kajian tinjauan ini secara empirikalnya bertujuan untuk menentukan sejauh mana
persekitaran organisasi boleh memberi kesan terhadap perkongsian pengetahuan dan seterusnya
mempengaruhi pembangunan dan perkembangan organisasi. Persekitaran organisasi merujuk
kepada budaya organisasi dan peranan pemimpin atau pun ketua dalam organisasi. Populasi
kajian merupakan kumpulan tenaga pengajar di Institut Kemahiran MARA (IKM) Johor Bahru.
Seramai 100 responden telah di pilih melalui kedah persampelan rawak mudah dan soal selidik
telah digunakan sebagai instrumen kajian. Data kajian telah di analisis menggunakan kaedah
Analisis Korelasi Pearson dan Regreasi Berganda Linear. Hasil analisis kajian menunjukkan
tahap perkongsian pengetahuan dalam kalangan tenaga pengajar IKM Johor Bahru adalah tinggi
(min=0.391). Terdapatnya hubungan antara faktor persekitaran organisasi (faktor budaya=0.644
dan peranan pemimpin=0.577) dengan perkongsian pengetahuan responden. Faktor persekitaran
organisasi (faktor budaya dan peranan pemimpin) didapati telah menyumbang sebanyak 70%
kepada perkongsian pengetahuan dalam kalangan tenaga pengajar IKM manakala faktor budaya
organisasi pula merupakan faktor yang paling dominan mempengaruhi perkongsian pengetahuan
(Beta=-0.247). Hasil kajian ini di harap dapat menyumbangkan satu lagi kerangka baru dalam
model kelakuan dan pembangunan organisasi.
Actions (login required)
 |
View Item |