IAB Institutional Repository

KAJIAN EKSPLORASI DISTRIBUTED LEADERSHIP DI MALAYSIA

Rosnarizah, Abdul Halim and Zulkifli, Abdul Manaf (2009) KAJIAN EKSPLORASI DISTRIBUTED LEADERSHIP DI MALAYSIA. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-16 2009. pp. 11-21. ISSN 983-9479-17-2

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (1MB) | Preview

Abstract

Tren, kepimpinan pendidikan masa kini tidak lagi melihat pengetua memikul semua tanggungjawab sebagai pemimpin sekolah. Tren kepimpinan kini bukan sekadar memberi fokus kepada keupayaan, kemahiran atau bakat individu tetapi lebih memberi tumpuan kepada bagaimana menghasilkan satu budaya kebertanggungjawaban sepunya dan perkongsian budaya pembelajaran serta membangunkan keupayaan kepimpinan sekolah (Harris, 2002). Senge et. al. (2005) dalam kajiannya menyatakan tren model kepimpinan kini beralih daripada struktur hirarki di mana pemimpin berada pada kedudukan teratas kepada kepimpinan yang lebih distributed. Kajian eksplorasi ini dilaksanakan bagi mengenalpasti kewujudan 'distributed leadership' di sekolah-sekolah di Malaysia berdasarkan persepsi 270 responden. Analisis dibuat berdasarkan empat elemen utama dalam 'distributed leadership' iaitu 1) penetapan dan perkongsian misi, visi dan matlamat sekolah, 2) Budaya sekolah dari aspek kerjasama, kolaborasi dan Komuniti Pembangunan Profesional, 3) Perkongsian Tanggungjawab dan 4) Amalan Kepimpinan. Kajian ini mendapati secara purata 73.59% responden menyatakan 'distributed leadership' dipraktikkan di sekolah mereka.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: trend kepimpinan, pemimpin sekolah, budaya pembelajaran, DISTRIBUTED LEADERSHIP
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Lib 1
Date Deposited: 11 Mar 2013 00:46
Last Modified: 11 Mar 2013 00:46
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/113

Actions (login required)

View Item View Item