IAB Institutional Repository

Kepimpinan distributif, efikasi kolektif guru dan komitmen organisasi Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Negeri Perak

Abdul Rashid, Abdul Rahim. Kepimpinan distributif, efikasi kolektif guru dan komitmen organisasi Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Negeri Perak. Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak.

[img] PDF
Download (246kB)

Abstract

Kefahaman mengenai konsep kepimpinan distributif merupakan elemen yang penting dalam meningkatkan amalan kepimpinan berkesan di sekolah dengan memperakui bahawa corak kepimpinan memainkan peranan yang penting dalam memperkasakan sekolah. Reformasi dalam sistem pendidikan yang berlaku di Malaysia menuntut penambahbaikan dilaksanakan untuk meningkatkan keberkesanan sekolah. Banyak kajian luar dan dalam negara telah membuktikan bahawa tuntutan penambahbaikan sekolah telah mengakibatkan tekanan dan kepelbagaian dalam tugas dan tanggung jawab pengetua dan guru besar dalam memajukan sekolah. Kebanyakan aktiviti dan program-program sekolah yang berkaitan dengan kemenjadian murid telah dirancang oleh pihak pengurusan dan guru-guru hanya menunggu arahan daripada guru besar serta pihak pentadbir untuk bertindak. Dalam senario ini guru-guru hanyalah sebagai pelaksana dan tidak diberi peluang untuk memainkan peranan yang berkesan dalam menggunakan kemahiran dan pengalaman dalam memimpin organisasi. Oleh yang demikian, objektif kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap amalan kepimpinan distributif, efikasi kolektif guru dan komitmen organisasi di kalangan guru-guru sekolah kebangsaan di negeri Perak. Selain dari itu, kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh kepimpinan distributif terhadap efikasi kolektif guru dan komitmen organisasi. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan berbentuk kuantitatif dengan reka bentuk kajian secara tinjauan berdasarkan persepsi guru terhadap kepimpinan distributif, efikasi kolektif guru dan komitmen organisasi. Sampel kajian melibatkan seramai 440 orang guru-guru di negeri Perak (143= lelaki; 297=perempuan) yang telah dipilih sebagai responden menggunakan persampelan rawak berstrata dengan dibahagikan mengikut Pejabat Pendidikan Daerah. Data telah dikutip dan dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan hasil kajian deskriptif mendapati bahawa tahap kepimpinan distributif, efikasi kolektif guru dan komitmen organisasi berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min 4.106; 4.061 dan 3.963. Kepimpinan distributif juga didapati mempunyai korelasi yang signifikan dan positif dengan efikasi kolektif guru dan komitmen organisasi dengan nilai r=0.486, p<0.001 dan r=0.437, p<0.01. Manakala analisis korelasi hubungan antara efikasi kolektif guru dan komitmen organisasi juga menunjukkan hubungan yang signifikan yakni r= 0.334, p<0.01. Hasil analisis regresi berganda juga telah menunjukkan bahawa dimensi-dimensi kepimpinan distributif telah memberi pengaruh dan sumbangan yang signifikan terhadap efikasi kolektif guru dan komitmen organisasi dengan menyumbang sebanyak 25.6% ke atas perubahan varian dalam efikasi kolektif guru [R=0.506ᵃ, R² = 0.256, R² terlaras = 0.255, F (1,427) = 147.199, p<0.05] dan sebanyak 16.6% ke atas perubahan varian dalam komitmen organisasi [R=0.407ᵃ, R² = 0.166, R² terlaras = 0.164, F (1,427) = 84.984, p<0.05]. Justeru itu, setiap dimensi di dalam amalan kepimpinan distributif perlu diterapkan kepada pemimpin-pemimpin sekolah dalam memastikan keberkesanan kepimpinan sekolah dapat dicapai manakala efikasi kolektif guru dan komitmen guru terhadap organisasi turut dapat dipertingkatkan. Kesimpulannya untuk cadangan penambahbaikan kepada setiap pemimpin sekolah perlu mengubah gaya kepimpinan bercorak kepimpinan distributif untuk membangunkan kapasiti dan potensi guru supaya mampu membuat kolaborasi dalam menyelesaikan permasalahan yang berlaku di sekolah.

Item Type: Other
Uncontrolled Keywords: kepimpinan distributif, efikasi kolektif guru, komitmen organisasi,kolaboratif, pengurusan
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 30 Jul 2021 03:38
Last Modified: 30 Jul 2021 03:38
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1165

Actions (login required)

View Item View Item