IAB Institutional Repository

Minat kerjaya, efikasi kendiri keputusan kerjaya, kemahiran employabiliti dan pilihan kerjaya pelajar Vokasional Pertanian di Semenanjung Malaysia

Abdul Rahim, Rohana. Minat kerjaya, efikasi kendiri keputusan kerjaya, kemahiran employabiliti dan pilihan kerjaya pelajar Vokasional Pertanian di Semenanjung Malaysia. Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
Download (9kB)

Abstract

Minat kerjaya, efikasi kendiri keputusan kerjaya dan kemahiran employabiliti telah dikenal pasti ada hubungan dengan pilihan kerjaya. Kajian dijalankan berdasarkan kepentingan semua pembolehubah seiring dengan matlamat Pendidikan Vokasional Pertanian untuk menghasilkan tenaga kerja mahir berkualiti yang diperlukan dalam kerjaya di bidang pertanian. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti jenis kerjaya, efikasi kendiri keputusan kerjaya, kemahiran employabiliti dan pilihan kerjaya pelajar Pendidikan Vokasional Pertanian. Hubungan profil pelajar dengan semua pembolehubah tersebut juga dikaji dan seterusnya kajian ini dapat mengenal pasti faktor yang paling mempengaruhi pilihan kerjaya pelajar. Kaedah tinjauan (survey) digunakan, melibatkan 393 responden yang mempelajari elektif MPV Teknotani di sekolah menengah seluruh Semenanjung. Persampelan menggunakan kaedah rawak berlapis. Statistik deskriptif dan inferensi digunakan untuk menganalisis data kajian. Keputusan menunjukkan majoriti pelajar memilih kerjaya di bidang bukan pertanian. Pelajar mempunyai jenis minat kerjaya yang pelbagai. Jumlah pelajar yang mempunyai tahap efikasi kendiri tinggi dan sederhana adalah lebih kurang sama. Majoriti pelajar mempunyai tahap kemahiran employabiliti yang sederhana. Kajian mendapati tidak wujud hubungan yang signifikan di antara pilihan kerjaya dengan minat kejaya, efikasi kendiri keputusan kerjaya dan kemahiran employabiliti. Pilihan kerjaya yang dibuat oleh pelajar paling dipengaruhi oleh jumlah mereka mendapat maklumat tentang kerjaya tersebut. Kajian ini mencadangkan supaya guru-guru, pentadbir sekolah, ibu bapa serta orang awam dapat menyumbang maklumat kerjaya dan memainkan peranan masingmasing untuk mempertingkatkan pelajar bagi memilih kerjaya di bidang pertanian.

Item Type: Other
Uncontrolled Keywords: Minat kerjaya, efikasi kendiri, kemahiran employabiliti, pilihan kerjaya
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 13 Jul 2021 07:38
Last Modified: 13 Jul 2021 07:38
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1180

Actions (login required)

View Item View Item