IAB Institutional Repository

Pengajaran pendidikan hak wanita Islam di Institut Pendidikan Guru di Malaysia

Wan Hasan, Sharifah Nooraida Pengajaran pendidikan hak wanita Islam di Institut Pendidikan Guru di Malaysia. Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

[img] PDF
Download (129kB)

Abstract

Selama lebih dari 57 tahun selepas kemerdekaan, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan bahawa tiada kursus khusus bagi kurikulum pendidikan hak-hak wanita Islam di semua Institut Pendidikan Guru (IPG) di Malaysia. Walau bagaimanapun, pengajaran hak-hak wanita Islam telah didedahkan dalam satu subtajuk yang diajar melalui kurikulum wajib sepanjang satu semester. Kajian ini bertujuan untuk menerangkan pengetahuan, peranan dan pelaksanaan pendidikan hak-hak wanita Islam berdasarkan persepsi para pensyarah. Kajian menggunakan kaedah mixed methods berbentuk penjelasan berterusan telah mengenal pasti pendedahan hak-hak wanita Islam dalam kurikulum 'Pengajian Islam 2' dan 'Pengenalan Ilmu Fiqh’. Responden merupakan pensyarah yang telah berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Malaysia bagi tahun 2007 hingga 2013. Data dikumpul melalui soal selidik, temu bual dan pemerhatian dengan memperolehi keputusan kuantitatif daripada 60 orang pensyarah dan diikuti dengan empat responden yang sama dalam fasa kualitatif yang seterusnya, dipilih bertujuan untuk meneroka hasil kajian dengan lebih mendalam. Dalam fasa kuantitatif, statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan dalam menganalisis data soal selidik menggunakan perisian SPSS. Dalam fasa kualitatif seterusnya, temu bual dan pemerhatian dilaksanakan dengan menganalisis kod dan tema menggunakan perisian ATLAS.ti. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang positif antara pengetahuan, peranan pensyarah dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pendidikan hak-hak wanita Islam di IPG berdasarkan ujian korelasi Spearman rho. Minat yang mendalam serta galakan yang memberansangkan telah ditunjukkan oleh para pensyarah dalam mengaitkan isi pelajaran kepada guru pelatih. Dapatan kajian juga turut memberi sumbangan dalam pendidikan hak-hak wanita Islam terutamanya bagi para pensyarah di IPG dalam usaha mendidik wanita Islam tentang hak-hak mereka. Adalah menjadi satu kepentingan bagi para pendidik dalam mencari pendekatan yang sesuai dalam memupuk kefahaman agar pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.

Item Type: Other
Uncontrolled Keywords: Hak wanita Islam, pendidikan wanita, pengajaran dan pembelajaran
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 06 Jul 2021 08:25
Last Modified: 06 Jul 2021 08:25
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1191

Actions (login required)

View Item View Item