Din Chen, Ekerim Pengaruh kepimpinan instruksional pengetua terhadap efikasi kolektif guru: amalan komuniti pembelajaran profesional sebagai moderator. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
![]() |
PDF
Download (11kB) |
Abstract
Amalan kepimpinan instruksional, komuniti pembelajaran profesional dan efikasi kolektif guru adalah penting untuk menghasilkan sekolah berkualiti dan kemenjadian murid seperti yang termaktub dalam PPPM 2013-2025. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh kepimpinan instruksional pengetua terhadap efikasi kolektif guru dan peranan komuniti pembelajaran profesional sebagai moderator. Data bagi kajian tinjauan ini diperoleh daripada 368 orang guru yang dipilih secara rawak dari sekolah menengah kebangsaan harian biasa di negeri Kedah Darul Aman. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini adalah Instrumen Amalan Kepimpinan Instruksional, IAB, KPM (2014) adalah instrumen yang diterjemahkan dari instrumen Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS), Hallinger (1984), Instrumen Amalan Komuniti Pembelajaran Profesional, IAB, KPM (2013) yang diterjemah dari Instrumen Professional Learning Community Assessment-Revised (PLCA-R) Olivier, Antoine, Cormier, Lewis, Minckler dan Stadalis (2009) dan instrumen terjemahan Collective Efficacy Scale-Short Form oleh Anandan Kuppan (2010) daripada versi asal Goddard (2001). Data kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi iaitu analisis regresi berganda dan analisis regresi berganda berhierarki. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan instruksional dalam kalangan pengetua pada pandangan guru-guru, tahap efikasi kolektif dalam kalangan guru-guru dan tahap amalan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan guru- guru adalah pada tahap sederhana tinggi. Selain itu, hasil pengujian hipotesis mendapati terdapat pengaruh yang signifikan antara kepimpinan instruksional pengetua dengan efikasi kolektif guru; terdapat pengaruh yang signifikan antara amalan kepimpinan instruksional pengetua dengan komuniti pembelajaran profesional guru; terdapat pengaruh yang signifikan antara komuniti pembelajaran profesional guru dengan efikasi kolektif guru dan terdapat pengaruh moderasi komuniti pembelajaran profesional guru yang signifikan terhadap hubungan antara kepimpinan instruksional pengetua dan efikasi kolektif guru di sekolah menengah kebangsaan harian biasa di negeri Kedah Darul Aman. Kesimpulannya, pemimpin sekolah harus mengamalkan kepimpinan instruksional dengan efektif, membangunkan kapasiti guru melalui komuniti pembelajaran profesional dan seterusnya dapat meningkatkan efikasi kolektif guru untuk menghasilkan sekolah berkualiti dan kemenjadian murid seperti yang termaktub dalam PPPM 2013-2025.
Item Type: | Other |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | kepimpinan instruksional, komuniti pembelajaran profesional, efikasi kolektif guru |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Penerbitan & Dokumentasi |
Depositing User: | pdsp 2 |
Date Deposited: | 06 Jul 2021 03:03 |
Last Modified: | 06 Jul 2021 03:03 |
URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1195 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |