IAB Institutional Repository

Emansipasi guru sekolah menengah melalui kajian tindakan

Jilon, Melati Emansipasi guru sekolah menengah melalui kajian tindakan. Universiti Malaysia Sabah.

[img] PDF
Download (561kB)

Abstract

Kajian ini memfokuskan tentang amalan kajian tindakan oleh guru sekolah menengah di negeri Sabah. Kesukaran para guru di Malaysia mentafsir kurikulum yang sedia ada mengikut keperluan semasa di bilik darjah yang berpunca daripada kelesuan intelektual para guru menerusi pemikiran yang tidak berkembang, jumud dan terlalu terikat dengan ideologi dan pemikiran yang kurang berasaskan rasionalisme dan pemikiran kritis serta wujudnya sikap conformity dalam diri para guru di sekolah.Tujuan utama kajian ini adalah untuk meneroka tentang amalan kajian tindakan guru sekolah menengah di negeri Sabah terhadap pengembangan emansipasi guru untuk melakukan transformasi pengurusan pengajaran di bilik darjah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes secara kualitatif dengan menggunakan teknik temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen sebagai kaedah pengumpulan data. Kajian ini dikategorikan sebagai multisite studies kerana mempunyai kes dan tempat kajian yang lebih daripada satu. Kajian ini dianalisis dengan menggunakan teknik analisis dalam kes (Within-Case analysis) sebelum dianalisis semula secara bersilang kes (Cross-Case analysis). Data dianalisis menggunakan analisis Tematik (Thematic Analysis) yang mengenal pasti, menganalisis dan melaporkan corak tema dalam data. Penentuan sampel adalah berdasarkan reka bentuk persampelan bertujuan. Kajian ini melibatkan tujuh orang guru yang bertugas di tujuh buah sekolah menengah di negeri Sabah. Dapatan kajian menunjukkan amalan kajian tindakan oleh guru mampu untuk mengembangkan emansipasi guru dan seterusnya melakukan transformasi pengurusan pengajaran di bilik darjah. Amalan kajian tindakan dapat merealisasikan transformasi pengurusan pengajaran guru di bilik darjah. dengan mempamerkan tentang keupayaan para guru untuk mempersoalkan tentang amalan sendiri, berfikir secara kritikal, menekankan nilai kesamarataan dan prinsip demokratik terhadap amalan masing-masing di bilik darjah. Walaupun emansipasi merupakan istilah yang abstrak tetapi dalam konteks kajian ini proses pengembangan emansipasi guru diterjemahkan menerusi maknanya secara konkrit dengan wujudnya transformasi pengurusan pengajaran oleh guru di bilik darjah. Apa yang pasti para guru yang mengamalkan kajian tindakan berupaya untuk merealisasikan transformasi pengurusan pengajaran masing-masing di bilik darjah sekaligus mengaplikasikan perubahan terhadap amalan seiring dengan arus globalisasi masa kini.

Item Type: Other
Uncontrolled Keywords: Amalan Kajian tindakan, Emansipasi Guru, Transformasi Pengurusan Pengajaran, Mempersoalkan tentang amalan, Pemikiran Kritikal, Nilai Kesamarataan, Prinsip Demokratik
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah
Depositing User: pdsp 2
Date Deposited: 06 Jul 2021 02:57
Last Modified: 06 Jul 2021 02:57
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1196

Actions (login required)

View Item View Item