Shamsudin, Shuhaida PENGURUSAN BAKAT DI SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI DI MALAYSIA. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
![]() |
PDF
Download (190kB) |
Abstract
Selain kegagalan memahami dan mengaplikasi konsep dalam pengurusan sekolah, satu lagi perencat pembangunan guru ialah kegagalan pengetua memberikan peluang kepada guru-guru mempraktikkan pengetahuan mereka yang berpunca daripada ketidakupayaan pengetua memerhati dan mengenali bakat guru, ketiadaan kemahiran mendelegasi dan tidak pernah yakin dengan kebolehan orang lain. Kerisauan terus menyelubungi daya penarik tugas kepengetuaan yang membawa kepada masalah kekurangan calon yang benar-benar layak mengisi jawatan pengetua. Kebanyakan bakal pemimpin dari generasi seterusnya tidak bersedia dan tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk memimpin. Justeru perlu ada satu proses penggantian kepimpinan dan keperluan membangunkan dan melatih kepimpinan untuk penggantian pengetua. Kurang penyelidikan akademik yang menjelaskan tentang pengurusan bakat dan apakah amalan utama yang patut melibatkan pengurusan bakat dalam bidang pendidikan. Objektif bagi kajian ini: 1. Mengenal pasti tahap pengimplementasian lima elemen pengurusan bakat iaitu mengenal pasti potensi bakat guru, menyemak prestasi, menggunakan bakat guru dengan berkesan, menjalankan aktiviti membangunkan bakat guru dan mengekalkan bakat guru oleh pengetua di Sekolah Berprestasi Tinggi. 2. Mengenal pasti tahap pengimplementasian elemen membangunkan bakat kepimpinan guru oleh pengetua di Sekolah Berprestasi Tinggi. 3. Mengenal pasti sama ada wujud hubungan di antara elemen-elemen di dalam pengurusan bakat dengan elemen membangunkan bakat kepimpinan guru di Sekolah Berprestasi Tinggi di Malaysia. 4. Mengenal pasti elemen-elemen di dalam pengurusan bakat yang menyumbang kepada elemen membangunkan bakat kepimpinan guru oleh pengetua Sekolah Berprestasi Tinggi di Malaysia. 5. Menentukan proses perlaksanaan pengurusan bakat oleh pengetua di sekolah Berprestasi Tinggi di Malaysia. Reka bentuk kajian adalah kaedah bercampur (mixed methods) jenis penjelasan (explanatory) berbentuk jujukan (sequential form). Populasi kajian terdiri daripada guru-guru dan pengetua SBT Menengah dari 35 buah SBT di seluruh Negara. Kajian menggunakan teknik persampelan rawak bagi fasa kuantitatif, manakala teknik persampelan bertujuan digunakan bagi fasa kualitatif. Alat kajian yang digunakan untuk penyelidikan fasa kuantitatif terdiri daripada satu set soal selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik dan protokol temubual digunakan untuk fasa kualitatif. Data bagi fasa kuantitatif dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 19 dan perisian SEM Amos versi 18, manakala Data bagi fasa kualitatif pula dianalisis menggunakan perisian Nvivo 10. Dapatan Kajian 1. Tahap pengimplementasian komponen pengurusan bakat oleh pengetua SBT mencatatkan skor min yang tinggi. 2. Tahap pengimplementasian pembolehubah membangunkan bakat kepimpinan guru oleh pengetua SBT mencatatkan skor min yang tinggi. 3. Terdapat hubungan yang signifikan di antara komponen mengenal pasti bakat dengan setiap sub komponen iaitu bakat instruksional, bakat kepimpinan dan bakat interpersonal. 4. Terdapat hubungan yang signifikan di antara semua komponen bagi pemboleh ubah pengurusan bakat dengan pemboleh ubah membangunkan bakat kepimpinan guru di SBT di Malaysia. 5. Komponen-komponen di dalam pemboleh ubah pengurusan bakat menyumbang sebanyak 61% terhadap pemboleh ubah membangunkan bakat kepimpinan guru di SBT di Malaysia. Kajian ini terbatas kepada pengetua SBT di seluruh Malaysia sahaja maka pengkaji mencadangkan supaya kajian pelaksanaan pengurusan bakat ini pada masa akan datang juga dilakukan dalam kalangan pengetua di sekolah harian biasa, Maktab Rendah Sains Mara, sekolah menengah teknik dan vokasional dan sekolah swasta di seluruh Malaysia
Item Type: | Other |
---|---|
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Pusat Dokumentasi & Sumber Pendidikan > Jabatan Pusat Sumber |
Depositing User: | pdsp 2 |
Date Deposited: | 03 Jun 2021 05:13 |
Last Modified: | 03 Jun 2021 05:13 |
URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1198 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |