IAB Institutional Repository

KEPIMPINAN CEMERLANG: SEGALANYA BERMULA DI SINI

Zainal Abidin, Arshad (2009) KEPIMPINAN CEMERLANG: SEGALANYA BERMULA DI SINI. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-16 2090. pp. 103-107. ISSN 983-9479-17-2

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (276kB) | Preview

Abstract

Pemimpin institusi pendidikan melaksanakan tugas kepimpinan sebagai tunjang utama untuk merealisasikan visi dan misi sekolah. Tanggungjawab yang diterima itu seharusnya dipikul dengan penuh keikhlasan demi kejayaan institusi itu. Nilai ikhlas ini adalah nilai utama yang perlu diterapkan ke dalam diri pemimpin untuk melahirkan kepercayaan dan keyakinan staf bawahan dan bersedia untuk membina "teamwork" yang padu dan kuat. Pemimpin yang ikhlas akan sentiasa berinisiatif dan selalu melakukan usaha atau sesuatu sebelum diarah melakukannya dan menurunkan agihan kerja kepada setiap anggota bawahannya secara adil dan berdasarkan kebolehan mereka. Sebagai pemimpin yang ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab, ia akan menjadi contoh teladan kepada semua staf bawahan dan menjadi motivasi kecemerlangan untuk orang lain. Nilai ikhlas dalam diri pernimpin akan menggalakkan amalan nilai dan etika yang baik berterusan dalam institusi itu sendiri. Etika dalam Perkhidmatan diwujudkan sebagal garis panduan penjawat awam agar dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang ada untuk kebaikan institusi mereka dan semua pihak. Penilaian diri seorang pemimpin perlu bagi menghitung sejauh mana keikhlasan itu wujud di dalam diri kita. Penilaian diri ini tidak bermakna jika kita tidak menggaris atau merancang sesuatu pada awalnya. Ikhlas akan wujud di dalam did seseorang itu apabila ada kesedaran tentang etika kerja yang seharusnya dijadikan panduan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: tugas kepimpinan, nilai dan etika, motivasi kecemerlangan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Lib 1
Date Deposited: 07 Mar 2013 01:38
Last Modified: 07 Mar 2013 01:38
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/122

Actions (login required)

View Item View Item