IAB Institutional Repository

AMALAN KEPIMPINAN TERSEBAR (DISTRIBUTED LEADERSHIP) DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH HARIAN

Junaidah, Tukimin (2009) AMALAN KEPIMPINAN TERSEBAR (DISTRIBUTED LEADERSHIP) DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH HARIAN. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-16 2009. pp. 108-112. ISSN 983-9479-17-2

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (227kB) | Preview

Abstract

Pengetua adalah individu yang dipilih oleh pihak Kementorian Pelajaran Malaysia untuk meneraju dan memimpin organisasi sokolah. Kebolehan dan keupayaan pengetua mengurus, mentadbir dan memimpin organisasi sekolah boleh dilihat dari segi peningkatan pencapaian dalam semua bidang merangkumi akademik, ko-kurikulum dan perkembangan sahsiah murid yang baik. Selain daripada menentukan fokus sekolah dan KPI sekolah, pengetua yang berkesan perlu menggalakkan wujudnya komuniti pemimpin dalam sekolah. Komuniti pemimpin boleh diwujudkan dengan menyebarkan kepimpinan di semua peringkat di sekolah, bukan hanya di kalangan pemimpin peringkat pertengahan sahaja. Di sini guru-guru perlu diberi kepercayaan atas keupayaan mereka untuk memimpin sesama rakan sejawat atau pun guru-guru yang baru dalam semua aktiviti kepimpinan di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa kriteria perlu diberi perhatian apabila pengetua ingin melantik seorang pemimpin dari kalangan guru seperti: wawasan guru itu hendaklah selari dengan misi sekolah, berkeupayaan mengurus pasukan, berkebolehan mempengaruhi rakan sejawat dan mempunyai kemahiran interpersonal yang baik. Apa yang penting dalam kepimpinan tersebar ini ialah kerjasama, perkongsian dan berlaku pengagihan aktiviti di kalangan guru. Di sekolah, banyak aktiviti kepimpinan yang telah dijalankan dengan jayanya Contohnya: Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP), Program 3K, Mentor Guru, Kelab Guru, Kelab Usahawan Muda dan Program Tuisyen Sekolah. Semua aktiviti ini berjaya dilaksanakan, malahan kepimpinan guru seperti ini mendapat sokongan dan penglibatan yang baik daripada murid-murid kerana mereka dapat bekerja dalam pasukan yang dipimpin oleh orang yang lebih dekat dengan mereka.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: kepimpinan tersebar, pengagihan aktiviti, memimpin organisasi
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Lib 1
Date Deposited: 07 Mar 2013 01:36
Last Modified: 07 Mar 2013 01:36
URI: http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/123

Actions (login required)

View Item View Item