Samichan, Aziah and Yunus, Jamal@Nordin and Awang, Marinah (2021) Elemen-elemen watan dalam Model Kepimpinan Instruksional Sekolah di Malaysia: Satu tinjauan literatur. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 14 (2). pp. 96-106. ISSN 1394 -7176 (96-106)
![]() |
PDF
Download (221kB) |
Abstract
Kepimpinan instruksional merupakan gaya kepimpinan paling asas yang perlu dikuasai oleh pemimpin di sekolah. Hal ini kerana kepimpinan instruksional dikatakan mempunyai hubungan yang signifikan terhadap pembelajaran pelajar, kompetensi pengajaran guru dan seterusnya prestasi sekolah. Gaya kepimpinan instruksional dilihat masih relevan berdasarkan kemunculan pelbagai model kepimpinan instruksional sejak empat dekad. Sehingga kini, model kepimpinan instruksional yang dipelopori oleh sarjana barat telah merentas sempadan benua termasuklah di Malaysia. Namun, adakah model-model kepimpinan instruksional acuan barat yang menjadi rujukan kebanyakan pemimpin pendidikan di Malaysia benar-benar memenuhi konteks pendidikan negara kita? Umum mengetahui bahawa model-model kepimpinan instruksional barat dibina berorientasikan persekitaran dan budaya di Barat dan Eropah. Oleh yang demikian, tujuan artikel berformatkan kertas konsep ini akan menyelusuri keperluan membangunkan satu model watan kepimpinan instruksional acuan Malaysia berdasarkan tinjauan literatur. Dengan memilih literatur terdahulu dari tahun 2000 sehingga 2020, pengkaji akan menganalisis model-model kepimpinan instruksional yang dibangunkan oleh sarjana tempatan dengan memberikan fokus kepada elemen-elemen yang dicadangkan. Hasil penelitian ini diharapkan dapat membantu pengkaji merumuskan elemen-elemen utama dalam model kepimpinan instruksional yang dicadangkan. Seterusnya dapatan ini dijangkakan akan dapat membantu pengkaji membuat pertimbangan dalam pemilihan isu-isu yang akan menjadi jurang dalam kajian ini.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Kepimpinan instruksional, model, watan, isu-isu, permasalahan kajian, jurang kajian |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | UNSPECIFIED |
Depositing User: | Pn Normah Mohamad Idzhar |
Date Deposited: | 29 Dec 2022 00:36 |
Last Modified: | 29 Dec 2022 00:36 |
URI: | http://eprints.iab.edu.my/v2/id/eprint/1305 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |